Ini dia resepi mudah siakap stim ala thai. Masak dalam aluminium foil sahaja pun memang sedap. Setiap minggu boleh masak siakap stim ala thai ni macam dekat restoran seafood tu. Lagi puas hati makan kalau buat sendiri kan. Jom lah cuba buat.
BAHAN-BAHAN:
- Ikan siakap
- 1 kiub bilis atau ayam
- 1 sudu sos tiram
- 3 sudu sos ikan
- 5 sudu gula putih/perang
- 7 ulas bawang putih ditumbuk halus
- 2 biji jus limau nipis
- 2 tangkai daun ketumbar digunting
- 10-20 cili padi digunting
- 1/2 cawan air panas
CARA PENYEDIAAN:
- Sediakan kuali dan panaskan air
- Gaul semua bahan di atas dalam mangkuk berasingan.
- Tumpahkan sama rata ke atas semua bahagian ikan di dalam aluminium foil.
- Masukkan aluminium foil ke dalam kuali
- Stim dalam 10-15 minit
- Siap untuk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber : Nadiah Halim Via MAHN