Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » ‘Sup Telur Pecah’ Wanita Ini Di Puji Suami Sebab Sedap Sangat, Tak Pernah Rasa Lagi Sebelum Ni. Ini Resepinya

‘Sup Telur Pecah’ Wanita Ini Di Puji Suami Sebab Sedap Sangat, Tak Pernah Rasa Lagi Sebelum Ni. Ini Resepinya

Kategori:
resepi sup telur pecah

Sup telur pecah merupakan makanan yang bersup yang jarang disediakan atau dimasak oleh kita. Mungkin kerana kita tak tahu betapa sedapnya sup telur ini. Betapa sedapnya sup telur ini apabila suami wanita ini puji masakan isterinya.

Jadi kalau anda nak pikat suami, boleh cuba masak sup telur pecah ni.  Bukan suami je suka, anak-anak pun turut menyukainya.

Resepi Sup Telur Pecah Yang Terlampau Sedap Dan Sangat Menyelerakan!

BAHAN-BAHAN:

  • Sedikit bawang besar | potong dadu
  • Jejari ketam
  • Cendawan butang
  • Jagung | dalam tin
  • Isi ayam | rebus dahulu kemudian siat-siat halus isinya – jangan buang air rebusan ayam ni ye
  • 2/3 biji telur
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • Sedikit tepung jagung (untuk pekatkan kuah) – gaul dengan sedikit air

* Semua bahan ikut suka je. Kalau nak banyak ketam, bubuhlah banyak. Jika nak cendawan banyak, bubuhlah banyak-banyak.

CARA PENYEDIAAN:

  1. Rebuskan ayam terlebih dahulu dan air rebusan ayam tadi diguna semula. Kalau kurang air tambahkan lagi air.
  2. Panaskan air rebusan biar hingga mendidih.
  3. Selepas itu masukkan bawang besar dan biarkan seketika.
  4. Masukkan pula ayam dan kiub pati ayam serta cendawan. Gaul.
  5. Kemudian masukkan telur sambil tuang telur sambil gaul.
  6. Masukkan perasa jika nak tambah (garam/ajinomoto/gula) ikut suka.
  7. Selepas itu masukkan jejari ketam dan jagung. Akhir sekali masukkan tepung jagung yang sudah digaul dengan air tadi.
  8. Gaul rata dan jika kuah sup sudh pekat bolehlah ditambahkan lagi dengan tepung jagung. Terpulang kepada anda.
  9. Apabila siap, tutup api dan hidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat Sup Telur Pecah ini? Makan waktu panas-panas memang sedap kan. Sekali buat pasti selepas ini nak buat lagi.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Anisah Connie

Baca juga: Tips Pecahkan Telur Dalam Masakan Supaya ‘Terletak’ Elok, Buih-Buih Putih Pun Tiada!

tags: |