Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Muffin Coklat Chip Yang Sangat Moist & Gebu, Pasti Akan Menjadi Kegemaran Anak-Anak!

Resepi Muffin Coklat Chip Yang Sangat Moist & Gebu, Pasti Akan Menjadi Kegemaran Anak-Anak!

Kategori:
resepi muffin coklat chip

Muffin Coklat Chip antara pencuci mulut atau kek yang boleh anda sediakan buat anak-anak dirumah sewaktu musim PKP ini. Ia pasti akan menjadi makanan kegemaran buat si kecil kerana rasanya yang moist dan gebu. Nak tahu cara membuatnya? Jom kita ikuti perkongsian Neny Lai Han ini.

Resepi yang dikongsikan olehnya kelihatan sangat mudah. Menurut Neny Lai Han juga, orang yang tak pernah atau tak pandai masak kek pun tetap menjadi kalau guna cara ni.  Jadi tunggu apa lagi, jom kita mula membaking sekarang!

Resepi Muffin Coklat Chip Yang Mudah Serta Sedap

Bahan-bahan :

Bahan A 

  • 1 cawan gula perang
  • 2 biji telur
  • 1 cawan susu segar
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1/2 sdt esen vanilla

Bahan B 

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sdt baking powder
  • 1/2 sdt baking soda
  • 2 sdb dark powder cocoa
  • 1/2 cup choc chips

Cara Penyediaan :

  1. Satukan semua bahan A di dalam bekas. Kacau sebati. (guna whisk)
  2. Ayakkan tepung gandum bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko.
  3. Masukkan bahan yang diayak ke dalam bahan A tadi. Gaul rata.
  4. Masukkan pula coklat chip. Gaul sedikit.
  5. Tuang adunan ke dalam cup (3/4 penuh) dan taburkan chocolate chips di atas nya sebagai hiasan.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170°C selama 20 minit atau sehingga masak.

Nota:

  • Jangan terlebih gaul untuk menghasilkan muffin yang gebu dan moist.
  • Gula perang boleh digantikan dengan gula kastor kisar halus.

Selamat mencuba!

Kredit : Neny Lai Han

tags: