Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Nasi Ayam Madu Lemon Bersama Ayam ‘Crispy’, Menu Lazat & Menyelerakan

Resepi Nasi Ayam Madu Lemon Bersama Ayam ‘Crispy’, Menu Lazat & Menyelerakan

Kategori:
Nasi Ayam Madu Lemon

Tiada idea nak masak apa untuk menu makan tengahari? Haa, apa kata jom cuba buat Nasi Ayam Madu Lemon ini pula. Sebelum ini, mungkin anda sudah biasa membuat nasi ayam biasa atau nasi ayam thai. Kali ini, tidak ada salahnya jika nak tukar selera pula bukan?

Istimewa nasi ayam ini terletak pada sos madu lemon dan ayamnya yang rangup. Siap ada letak sunquick lagi. Yang lain semua sama dengan nasi ayam biasa. Selamat mencuba!

Resepi Nasi Ayam Madu Lemon Bersama Ayam ‘Crispy’, Menu Lazat & Menyelerakan

Bahan ayam crispy:

  • 1 ketul dada ayam
  • 1 sudu besar sunquick*
  • 1/2 sudu kecil kicap Jalen*
  • 1 titik sos ikan*
  • Secubit garam*
  • Secubit perasa*
  • 1/2 sudu kecil lada sulah*
  • Secubit lada hitam kisar*
  • Telur putih
  • Tepung bestari original + serbuk roti

Cara-cara:

  1. Hiris nipis 1 ketul dada ayam.
  2. Perapkan ayam besama bahan bertanda (*). Gandakan untuk depan dan belakang.
  3. Lumurkan juga telur putih.
  4. Taburkan juga tepung bestari pada depan belakang ayam.
  5. Panaskan minyak, Sebelum digoreng, golekkan lagi sekali dalam tepung ayam goreng kering.
  6. Goreng dalam api sederhana perlahan sahaja supaya isinya tidak kering dan masak sekata.

Bahan sos madu lemon:

  • 2 senduk sup ayam
  • 1/2 senduk sunquick
  • 1/2 sudu besar perahan buah lemon
  • 1 sudu besar madu
  • Bancuhan tepung jagung (1 sudu besar tepung jgung + 1 senduk sup ayam)
  • Secubit garam
  • Dua hirisan lemon tanpa biji

Cara-cara:

  1. Ambil 2 senduk sup ayam. Masukkan dalam periuk lain.
  2. Tambahkan 1/2 senduk sunquick dan 1/2 sudu besar perahan buah lemon.
  3. Masukkan 1 sudu besar madu.
  4. Tuang bancuhan air tepung jagung.
  5. Masukkan secubit garam/ secukup rasa. Masukkan dua hirisan lemon tanpa biji.
  6. Siap untuk kuah sos lemon yang lazat.

  7. Bila sos sejuk, bolehlah dituang atas ayam.
  8. Taburkan sedikit bijan yang telah disangai.

Kredit: Afy Al Habibi

tags: