Nasi Ayam Penyet memang antara menu yang sangat digemari oleh rakyat Malaysia. Walaupun pada asalnya menu ini berasal daripada Indonesia namun ianya tetap menjadi pilihan rakyat negara lain. Terdapat pelbagai jenis Ayam Penyet yang berada di pasaran. Antaranya adalah Ayam Penyet Wong Solo.
Pasti ramai yang teringin Ayam Penyet Wong Solo ini kan? Jadi apa kata kita cuba buat sendiri dekat rumah. Caranya sangat mudah, jom kita lihat perkongsian Maya Miera ini.
Resepi Ayam Penyet Ala Wong Solo
Bahan-bahan:
- 10 ketul ayam bahagian paha
- Kunyit hidup
- Lengkuas
- Serai
- Daun bay
- 3 ulas bawang putih
- 6 ulas bawang merah
- Lada hidup
- Lada melaka merah
- Lada melaka hijau
- Belacan
- 2 biji tomato
- Asam jawa
- Tepung gandum
- Tepung beras
- Tepung ubi
- 1 biji telur
- 2 kiub ayam
- Kicap ABC
- Gula putih
- Gula melaka
- Garam
- Minyak masak
- Tempe
- Tauhu
- Salad
- Timun
Cara penyediaan:
- Rebus ayam, kisar kunyit bersama bawang putih. Masukkan sekali serai, lengkuas, daun bay, kiub ayam dan garam. Rebus sehingga ayam masak. Ambil dalam 1/2 jug air rebusan ayam. Sejukkan (air rebusan ayam tadi nak buat kremes).
- Untuk buat sambal pula, kena goreng dulu tomato, bawang-bawang, belacan dan semua jenis cili. Goreng sehingga layu kemudian kisar. Masak semula dan masukkan gula, garam dan asam jawa. Masak sehingga bertukar warna gelap.
- Untuk buat lada kicap, bawang putih setengah labu, tumbuk segenggam lada melaka dan masukkan kicap ABC.
- Untuk kremes, satukan tepung gandum, tepung ubi, tepung beras, telur dan air rebusan ayam tadi yang sudah sejuk. Kemudian goreng.
- Untuk ayam, celup dalam adunan yang dibuat kremes juga dan goreng sehingga masak. Goreng juga tauhu dan tempe. Untuk nasi, masak seperti biasa. Kalau guna beras wangi lagi sedap.
- Siap untuk dihidangkan.
Mudah sahaja kan nak menyediakan menu Nasi Ayam Ala Wong Solo ini. Memang sedap punya, sebab peniaga yang kongsi tesepi ni tau. Jadi anda semua boleh cuba dekat rumah masing-masing dan pastikan masakan yang anda sediakan dibuat dengan penuh kasih sayang. Barulah makanan itu bertambah sedap.
Selamat mencuba!
Kredit: Maya Miera Via MAHN
Baca juga: Resipi Sambal Ayam Geprek Original Jogjakarta, Pedas Tapi ‘Kena’ Dengan Tekak Melayu