Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Ringkas Nasi Ayam, Sangat Lazat & Sungguh Menyelerakan!

Resepi Ringkas Nasi Ayam, Sangat Lazat & Sungguh Menyelerakan!

Kategori:
resepi nasi ayam ringkas

Nasi ayam merupakan antara makanan atau hidangan kegemaran ramai. Nasi ayam ini memang sangat sesuai di makan pada bila-bila masa sahaja. Selain dimakan di kedai, ada juga yang lebih suka buat sendiri nasi ayam ini di rumah. Lagi pula kalau buat sendiri boleh makan sepuas hati. Penuh pinggan pun boleh.

Jadi korang nak tahu resepi mudah nasi ayam? Jom ikuti resepi di bawah ini. Sangat ringkas dan sungguh lazat. Bahan-bahan juga sangat mudah untuk dapatkan. Memang terbaik!

Resepi Nasi Ayam Yang Ringkas

Bahan-bahan :

Ayam

  • Garam (Seasoned)
  • Lada Hitam
  • Ayam (Seasoning)
  • Sos (Oriental BBQ)
  • Batang Daun Bawang
  • Serai

Nasi

  • Beras
  • Air
  • 2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu makan butter / planta

Sos

  • Minyak
  • 1 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • Air
  • Tepung Jagung
  • Minyak Bijan
  • Lada Hitam
  • Secukup Rasa

Cara Penyediaan :

Ayam

  1. Gaulkan ayam dengan lada hitam, garam (seasoned) dan sos (oriental bbq).
  2. Masukkan serai dan batang daun bawang ke dalam perut ayam.
  3. Perapkan selama 30 minit.
  4. Bakar dengan api atas & bawah dengan suhu 230C selama 1 jam.

Nasi

  1. Tanak nasi dengan halia, bawang putih dan planta/butter.

Sos

  1. Tumis halia dan bawang putih sehingga wangi.
  2. Masukkan air, kicap manis dan sos tiram.
  3. Kemudian masukkan tepung jagung + air , minyak bijan, lada hitam dan secukup rasa.
  4. Tunggu hingga mendidih.
  5. Siap

Selamat mencuba!

Sumber : Ani’s Home Recipe

Baca juga : Resepi Lengkap Nasi Ayam Ala Hotel Yang Sedap & Menjadi, Lepas Ni Boleh Buat Sendiri Dekat Rumah

tags: