Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Nasi Ayam Semudah ABC, Tak Guna Bahan Banyak & Confirm Menjadi

Resepi Nasi Ayam Semudah ABC, Tak Guna Bahan Banyak & Confirm Menjadi

Kategori: ,
Nasi Ayam Semudah ABC

Idea untuk berbuka puasa. Nasi ayam semudah ABC sebab tak guna bahan-bahan yang banyak. Yang pasti, memang confirm menjadi!

Resepi Nasi Ayam Semudah ABC, Tak Guna Bahan Banyak & Confirm Menjadi

 

Bahan-bahan nasi ayam (untuk  2 orang makan):

  • 2 helai daun pandan
  • 1 kiub pati ayam
  • Serbuk kunyit

Bahan-bahan tumis:

  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Sedikit butter 

Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak masak
  2. Panaskan sedikit minyak masak
  3. Masukkan bahan2 tumis tadi. Tumis sehingga bertukar warna.
  4. Masukkan tumisan ini di dalam periuk nasi yang berasnya sudah dibasuh. Selepas itu boleh letak daun pandan, kiub ayam & sedikit serbuk kunyit untuk warna nasi kuning.
  5. Setelah bahan2 tadi digaul, letak dalam rice cooker boleh lah tekan masak.

Bahan-bahan untuk sambal:

  • 1 cili besar
  • 7 ulas cili padi (lebihkan kalau nak lagi pedas)
  • 1 biji tomato
  • 3 senduk air rebusan ayam

Cara-cara buat sambal:

  1. Potong bahan2 sebelum dimasukkan dalam blender.
  2. Masukkan 3 senduk air rebusan ayam.
  3. Blender sehingga sebati & hancur.
  4. Cili yang di blend tadi dimasak di atas dapur.
  5. Campurkan gula, garam, air, sedikit cuka.
  6. Season to taste.
  7. Masak sehingga sedikit pekat lepas tu tutup api.

Bahan-bahan untuk ayam:

  • Kuantiti ayam atas masing-masing

Cara-cara:

  1. Didihkan air dalam periuk lepas tu masukkan ayam yang telah dibasuh bersih. Rebus ayam sehingga bertukar warna menjadi putih. Bila dah jadi warna putih, asingkan ayam.
  2. Yang ni air rebusan ayam tadi. Jangan buang banyak kegunaan nanti.

Bahan-bahan perap ayam:

  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • Madu

Cara-cara:

  1. Gaul semua bahan2 di atas bersama dengan ayam yang direbus tadi. Saya tak tambah garam sebab sos tiram dah masin. Kuantiti tu saya agak2 je. Sorry memang tak reti nak sukat2 ni.
  2. Bila dh sebati perap selama 1 jam. Kadang2 bila nak cepat perap selama 30 minit pon dah ok tapi lagi lama perap lagi best.
  3. Kicap perapan tu jangan dibuang. Tuangkan dalam mangkuk sebab ianya akan diguna untuk makan bersama nasi nanti.
  4. Panaskan minyak sehingga betul2 panas. Slowkan api then masukkan ayam yang diperap tadi. Goreng dalam 3 – 5 minit macam tu. Bila ayam dah bertukar warna koko angkat lah ia nanti hangit pulak kalau lama2.

Untuk sup ayam:

  1. Gunakan air rebusan ayam tadi.
  2. Masukkan sup bunjut, 1 kiub ayam, sedikit garam dan season to taste.

Siap! Nasi ayam simple semudah abc.

Kredit: Rozlyn Farah Diana

tags: