Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Nasi Beriani Simple, Anak-Anak Puji Sedap Hasil Air Tangan Ibu

Resepi Nasi Beriani Simple, Anak-Anak Puji Sedap Hasil Air Tangan Ibu

Kategori:
Resepi Nasi Beriani

Tiada idea nak masak apa untuk makan tengahari? Apa kata jom masak nasi beriani ini. Selalunya biasa makan di kedai sahaja kan? Mana tahu kalau buat sendiri, hasilnya lagi sedap dari beli. Nanti boleh lah cuba ya, ikut sahaja resepi nasi beriani di bawah beserta lauk-lauk yang sesuai untuk dimakan bersama.

1) Resepi Nasi Beriani

Bahan-bahan:

  • 4 cawan beras basmathi (rendam dulu setengah jam)
  • 3 sdb rempah beriani faiza
  • Rempah 3 sekawan
  • 1/2 cawan susu cair
  • Sedikit minyak sapi/mentega
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 2 helai daun pandan
  • 1 kiub pati ayam
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya
  • Kismis

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak sapi dan tumiskn bawang halia hingga layu.
  2. Masukkan 3 sekawan, daun pandan dan rempah beriani.
  3. Masukkan susu cair dan air secukupnya.
  4. Masukkan garam dan kiub pati ayam.
  5. Dah mengelegak tutup api dan curahkan ke beras dalam periuk nasi tadi.
  6. Biarkan masak, bila dah kering titikkan pewarna kuning sikit dan taburkan kismis.
  7. Taburkan bawang goreng.

2) Resepi Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam – digoreng dulu
  • 2 cawan cili kering kisar
  • 1 inci halia *
  • 2 biji bawang besar *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 3 sdb sos cili
  • 1 sdb tomato puri/sos
  • 1-2 sdb sos tiram
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula
  • Bawang goreng secukupnya
  • Kismis

Cara-cara:

  1. Ayam digoreng dahulu.
  2. Panaskan minyak tumiskan bahan2 yang bertanda (*).
  3. Bila dah garing masukkan cili kisar.
  4. Kacau sebati hingga garing dan naik minyak, masukkan sos cili dan sos tiram.
  5. Masukkan air.
  6. Masukkn garam dan gula.
  7. Bila dah mendidih masukkan ayam tadi.
  8. Taburkan dengan kismis dan bawang goreng.
  9. Hiaskan dengan daun bawang.

3) Resepi Kurma Telur Dan Kentang

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur – rebus dahulu
  • 2 biji kentang – dipotong 4
  • 1 biji bawang besar *
  • 3 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 3 sekawan
  • 1 sdk serbuk kunyit
  • 1 peket rempah kurma
  • 1 cawan santan kotak
  • 1 cawan air
  • Cili hijau
  • Garam

Cara-cara:

  1. Telur direbus dahulu dan ketepikan.
  2. Blend bahan yg bertanda (*).
  3. Panaskan minyak masukkan 3 sekawan dan bahan blend.
  4. Bila dah garing masukkan rempah kurma dan serbuk kunyit.
  5. Tumis hingga naik minyak dan masukkan telur dan kentang.
  6. Biarkan seketika dan masukkkan santan dan air.
  7. Perasakan dengan garam.
  8. Bila kentang dah empuk, masukkan cili hijau dan taburkan bawang goreng dan tomato.
  9. Letakkan ceri jika suka.

4) Resepi Ayam Goreng Mamak

Bahan-bahan:

  • 1/ 2 ekor ayam
  • 4 ulas bawang putih – dikisar
  • 2 inci halia -dikisar
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk Kari
  • Serbuk Cili
  • Garam secukup rasa
  • Daun kari
  • Sedikit tepung gandum

Cara-cara:

  1. Gaulkan semua bahan dan gaulkan dengan ayam.
  2. Perap selama 1- 2 jam.
  3. Dah siap bole goreng.
  4. Boleh gorengkan daun kari dan taburkan atas ayam bila nak hidang.

Kredit: Hidayati Hana

tags: