Pada entri kali ini kami akan kongsikan dengan anda semua satu resepi yang sangat senang iaitu resepi Nasi Goreng Cina. Selain resepi yang sangat mudah, bahan-bahannye juga sangat senang untuk diperolehi.

Sememangnya tidak dinafikan di Malaysia terapat pelbagai variasi nasi goreng. Kalau makan kat kedai, korang order je..confirm dapat.

Tapi tulah kan, kalau makan kat kedai selalu je tak puas hatikan. Makanan sikit je dapat, rasa pun kurang, apatah lagi lauk dalam nasi goreng tu. Ciput je letak.

Sebab itu lah hari ni admin kongsikan resepi ni dengan korang semua. Semua ikut suka korang nak letak banyak mana. Tapi admin punya untuk makan sikit je lah.

Kalau korang keluarga besar, boleh tambahkan lagi bahan-bahannya.

Resepi Nasi Goreng Cina

Bahan A

  • Nasi putih
  • 1 biji telur ayam
  • 1/2 batang lobak dipotong dadu
  • Lauk pilihan
  • Sos tiram
  • 2 sudu kicap cair masin
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk perasa
  • Lada sulah
  • Minyak masak(untuk menumis)

Bahan B

  • 1/4 bawang besar/Holland
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia

Bahan C (Pilihan)

  • Bawang goreng
  • Hirisan daun bawang

Cara-Cara Memasak

  1. Kisar halus semua Bahan B. Kemudian ketepikan dahulu.
  2. Panaskan minyak. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumiskan sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan telur hingga menjadi scrambled egg(telur hancur). Kemudian masukkan lauk pilihan korang.
  4. Jangan lupa bersihkan dahulu lauk pilihan korang.
  5. Kemudian masukkan lobak yang siap dipotong. Masukkan sos tiram dan kicap cair masin.
  6. Gaulkan supaya sebati. Tunggu sehingga lauk separuh masak.
  7. Kemudian masukkan semua lebihan Bahan A.
  8. Tunggu sehingga nasi agak kering dan lauk masak.
  9. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba. Belum cuba belum tahu.

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 40 times!)