Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Baru Je Post Tapi Dah Dapat Hampir 1.1k ‘Shares’, Ini Dia Resepi Nasi Goreng Kerabu Berhantu, Gerenti Tak Menyesal!

Baru Je Post Tapi Dah Dapat Hampir 1.1k ‘Shares’, Ini Dia Resepi Nasi Goreng Kerabu Berhantu, Gerenti Tak Menyesal!

Kategori:
resepi nasi goreng kerabu

Nasi Goreng Kerabu merupakan antara masakan yang paling mudah disediakan. Malah ianya juga sedap dan memang menyelerakan. Nasi Goreng Kerabu ini memang sangat terkenal di Thailand dan juga negeri pantai timur. Walaupun begitu, rakyat di negeri lain juga ada yang amat menggemari nasi goreng seperti ini.

Nak cuba buat? Jom kita ikuti perkongsian resepi dari Wan Luqman di bawah ini. Pasti tak menyesal punya kalau cuba nasi goreng ini.

Cara Buat Nasi Goreng Kerabu Berhantu, Gerenti Tak Menyesal!

BAHAN-BAHAN:

  • Nasi 250gm (just nice untuk sorang makan)
  • Rencah pilihan (ayam, ikan, daging atau sotong atau udang)
  • 1sb kicap cair
  • 1sk serbuk pati ayam
  • 1sk nampla
  • Ulam kerabu dihiris – bunga kantan, daun kesum, daun limau, kacang botol, serai
  • Telur
  • Cili Padi (dihiris)

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumis sekejap udang dan bawang putih.
  3. Kemudian pecahkan sebiji telur. Kacau telur sampai sedikit hancur dan hampir masak.
  4. Masukkan nasi putih.
  5. Kacau sehingga semuanya rata.
  6. Masukkan kicap, stok ayam dan nampla. Kalau nak letak gula sikit pun boleh.
  7. Kemudian masukkan kerabu dan lada jarum.
  8. Kacau sampai semuanya sebati dan siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat Nasi Goreng Kerabu ini? Nasi goreng ini sangat sesuai jika dimakan pada waktu pagi, siang atau pun malam. Jadi tunggu apa lagi tu. Jom kita cuba masak sekarang dan kongsikan kesedapan itu dengan kawan-kawan.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Wan Luqman Via MAHN

Baca juga: Resepi Nasi Goreng Ikan Masin Special. Mudah Cepat Dan Sedap! Rugi Kalau Tak Cuba Buat

tags: