Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Lelaki Ini Kongsi Resepi ‘Nasi Goreng Tomyam Kaw’ Yang Super Duper Sedap! Buat Air Liur Meleleh Sungguh

Lelaki Ini Kongsi Resepi ‘Nasi Goreng Tomyam Kaw’ Yang Super Duper Sedap! Buat Air Liur Meleleh Sungguh

Kategori:
resepi nasi goreng tomyam

Nasi merupakan makanan ruji rakyat Malaysia. Kalau tak makan nasi rasa macam tak kenyang je perut kan? Memang perlu juga makan nasi. Tetapi masalahnya dah bosan asyik makan nasi berlauk. Jadi apa kata buat nasi goreng tomyam kaw ini memang sangat sedap dan amat sesuai dimakan ketika waktu malam dan untuk sarapan.

Selain itu sekiranya anda hendak makan untuk waktu tengahari pun boleh. Nak menyediakan nasi goreng tomyam kaw ini juga cukup mudah. Anda semua boleh sediakan dekat rumah.

Cara Buat Nasi Goreng Tomyam Kaw, Cukup Padu Dan Menyelerakan!

BAHAN-BAHAN:

  • Udang & sotong sebagai rencah
  • 2 sb sos cili
  • 1 sb tomyam pes
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji telur saiz a
  • 2 sb nampla
  • 1 batang serai dihiris
  • 3-4 biji cili padi
  • Beberapa helai daun limau

CARA PENYEDIAAN:

  1. Mula-mula tumis bawang putih (diketuk ) dengan hirisan serai.
  2. Sebelum bawang dan halia terlalu garing, masukkan rencah pilihan.
  3. Pecahkan sebiji telur.
  4. Kacau bagi sedikit hancur telur tu tapi jangan sampai terlalu masak ye.
  5. Sebelum telur tu terlalu masak, masukkan nasi (portion untuk 2-3 orang). Gaul sebati.
  6. Masukkan hirisan daun limau purut dan hirisan cili padi.
  7. Masukkan nampla, sos cili dan masukkan tomyam pes. Guna apa-apa pes pun boleh.
  8. Kemudian masukkan sayur. Ikutlah sayur apa pun, kubis ke kailan ke.
  9. Masukkan 2 sb kicap cair untuk bagi masin dan coloring. Lepas tu masukkan sedikit gula jika perlu.
  10. Masukkan chili flakes sesuka hati anda dan siap.
  11. Siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat Nasi Goreng Tomyam ini? Sekali rasa pasti jatuh cinta tau. Lebih-lebih lagi bagi anda yang tiada selera nak makan, cuba buat nasi goreng ini. Pasti seleranya akan membuak-buak. Jadi tunggu apa lagi tu? Kalau tak puasa, jom buat sekarang!

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Wan Luqman

Baca juga: “Sedapnya Bihun Goreng Tomyam Kamu”, Masakan Wanita Ini Berkali-Kali Di Puji Mak Mertua, Wanita Ini Kongsi Resepinya

tags: |