Nasi jagung merupakan antara nasi yang agak sukar untuk kita temukan di kedai makan kan? Kalau ada yang jual pun, awal-awal dah habis. Kadang kala tak sempat kita nak merasa, Tapi tak apa, ini ada seorang wanita di laman facebook berkongsi cara dia memasak nasi jagung. Nampak sedap dan menyelerakan. Kalau makan pula dengan ayam masak merah, memang pergh! Confirm terbeliak biji mata sebab menyangkut sangat.
BAHAN-BAHAN:
- 1kg beras (basmathi jasmine pusa cream)
- 1/2 tin susu cair
- 1/2 tin jagung (beli yang bukan creamer)
- 10 biji bawang merah kecil (blend)
- 8 biji bawang putih (blend)
- 1 inci halia (hiris)
- Rempah 4 sekawan (pack kecik)
- 5 sudu minyak jagung (untuk tumis bawang)
- 3 sudu marjerin or butter (masuk masa nasi dah kering untuk bagi nasi lembut)
- Garam secukupnya
- Daun pandan (2 helai)
- Daun ketumbar (sikit) tak ada pun tak apa
- 1 air (contoh kalau sekilo beras tu anda sukat ikut bekas so air pun ikut bekas yang anda sukat beras tu ye. Nisbah 1 beras 1 air.
CARA PENYEDIAAN:
- Panaskan minyak jagung, tumiskan rempah 4 sekawan, bawang merah, bawang putih dan daun pandan sampai naik bau.
- Apabila dah kekuningan masukkan air dan masukkan susu cair. Kemudian masukkan halia, garam dan biarkan mendidih.
- Selepas dah mendidih masukkan beras yang dah dicuci dan biarkan mndidih. Untuk dapatkan nasi yang panjang dan tak patah kacau masa air tengah banyak ye, jangan kerap sangat mengacau.
- Kemudian masukkan jagung, daun ketumbar dan biarkan nasi masak.
- Akhir sekali masukkan marjerin atau butter.
- Siap. Nak hidang nanti taburkan bawang goreng.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber: Faizah Md Zain Via MAHN