Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Nasi Kak Wok Kelantan Yang Simple Tetapi Sangat Digemari Dan Disukai Ramai Orang

Resepi Nasi Kak Wok Kelantan Yang Simple Tetapi Sangat Digemari Dan Disukai Ramai Orang

Kategori:
resepi nasi kak wok

Nasi Kak Wok Kelantan merupakan nasi putih berlaukkan ayam goreng kunyit yang dipotong saiz dadu yang kecil. Dan disediakan bersama kuah gulai pekat dan sambal belacan. Boleh dikatakan separuh daripada rakyat Malaysia menyukai nasi kak wok ini. Walaupun lauknya agak simple ianya tetap menjadi pujaan hati kebanyakan orang. Jadi kalau anda nak cuba buat dekat rumah, kat bawah ini ada resepinya.

RESEPI KUAH GULAI:

Bahan Bahan:

  • Bawang bombay | 4 labu
  • Bawang putih | 5 ulas
  • Halia | 1 inci setengah
  • Lengkuas |1 inci setengah
  • Rempah kari daging | 3 sudu
  • Rempah kerutub | 1 sudu
  • Kacang panjang | potong
  • Terung potong kecil
  • Leher ayam, kaki ayam, sayap dan paha dipotong kecil.
  • Santan (jangan pekat sangat)
  • Garam dan kiub ayam
  • 1 Nisan Kerek / Gula Melaka

Cara-cara Penyediaan:

  1. Blend bawang merah putih halia & lengkuas hingga lumat dan tumis sampai wangi.
  2. Rempah kari & rempah kerutub bancuh dengan air dan gaul pada ayam, perap sekejap.
  3. Kemudian masukkan kedalam bahan bahan yang ditumis tadi, masukkan ayam dan masak ayam empuk, masukkan santan, masak sehingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat dan kemudian masukkan terung dan kacang panjang.
  4. Masuk garam, gula nisan kerek dan serbuk kiub ayam, dan biarkan masak sekejap.

RESEPI AYAM GORENG KUNYIT DADU

Bahan Bahan:

  • 1 ekor Ayam | potong kecil/dadu
  • Garam | 2 sudu kecil
  • Kunyit hidup | 2 inci tumbuk lumat
  • Serbuk kunyit | 1 sudu kecil
  • Serbuk cili | 1 sudu kecil
  • Daun kari | 3 tangkai

*Tips, daun kari untuk rasa, bau dan lalat tak suka bau ini.

Cara-cara Penyediaan:

  1. Ayam basuh bersih dan toskan.
  2. Potong kecil dan lumurkan/sapu ayam dgn bahan-bahan diatas dan perapkan sekejap.
  3.  Goreng ayam dalam minyak terendam sampai sederhana garing.

RESEPI SAMBAL BELACAN:

Bahan Bahan:

  • 4 biji cili kering | direbus
  • Cili padi ikut pedas
  • 2 inci belacan
  • 1 labu bawang besar dibakar
  • 1 labu bawang putih dibakar
  • Gula, garam, perasa
  • Air asam jawa

Cara-cara Penyediaan:

  1. Blend kesemua bahan diatas kemudian masukkan perahan asam limau kasturi berserta dgn kulitnya.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Sajian Malaysia

tags: