Siapa yang pernah makan Nasi Kandar Deen Maju di Penang pasti akan teringat-ingat penangannya kan? Seorang wanita berkongsi resepi Nasi Kandar ala Deen Maju caranya selepas beliau kaji dan selidik sampai jadi macam Nasi Kandar ala Deen Maju. Jom ikuti resepi perkongsian oleh Siti Fatimah Mohd Jamil ini.
Resepi Nasi Kandar Ala Deen Maju, Untuk Anda Yang ‘Craving’!
Siapa yang pernah makan Nasi Kandar Deen Maju pasti akan teringat-ingat penangannya kan.
Setahun yang lepas makan Nasi Kandar Deen Maju memang teringat-ingat sampai ke hari ni.
Disebabkan dah makin kuat teringat musim-musim PKP ni, kita kaji dan selidik sampai jadi Nasi Kandar ala Deen Maju.
Alhamdulillah suami puji melangit. Sama rasa katanya. Hehe.
Nahh kita kongsi resepi Nasi Kandar ala Deen Maju cara saya.
Resepi ada pada setiap gambar.
Selamat mencuba.
1) KARI SOTONG
Bahan untuk menumis Kari Sotong:
- 1 biji Bawang besar hiris memanjang
- 4 biji bawang putih hiris
- Seinci halia hiris
- Seinci kunyit hidup hiris
- Daun kari dua kayu
- Sup bunjut
Cara-cara:
- Tumiskan bahan-bahan tadi sehingga naik bau.
- Masukkan bancuhan serbuk kari daging Babas.
Sukatan: 3/4 cawan dan dibancuh dengan air sehingga pekat.
- Selepas pecah minyak, masukkan sedikit air.
- Masukkan sotong dan tambahkan 2 cawan air sehingga mendidih dan masak.
Lpastu baru masukkan sekeping asam keping.
Jangan masukkan asam keping awal nanti boleh buat sotong jadi liat.
- Masukkan sayur kegemaran seperti terung dan lain-lain.
Cili optional. Bagi yang suka pedas, boleh letak, begitulah sebaliknya.
- Masukkan terung dan cili api terlebih dahulu.
- Last sekali masukkan tomato dan biarkan kari pekat dan perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa. Biarkan pekat mengikut citarasa masing-masing.
- Kejadian Kari Sotong saya.
2) RESEPI KUAH KICAP PEDAS ALA DEEN MAJU
Bahan-bahan:
- 8-10 tangkai cili kering
- Satu biji bawang besar
- 4 biji bawang putih
Cara-cara:
- Kisar sehingga betul halus, kemudian tumiskan. Kemudian masukkan 1/2 cawan air.
- Apabila pecah minyak, masukkan bawang besar hiris.
- Cili api optional bagi peminat pedas.
- Masukkan kicap manis sehingga warnanya cantik.Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa.Kuah kicap ni mesti rasa manis yang seimbang baruu nikmat ?Boleh juga buat ayam masak kicap style ni. Tapi saya tak bubuh ayam sebab dah buat ayam goreng mamak.
- Kejadian kuah kicap yang melengkapi rasa Nasi Kandar.
3) RESEPI AYAM GORENG MAMAK CARA SAYA
Perapkan ayam dengan bahan kisar halia+bawang putih+satu sudu teh garam. Perapkan sekurangnya 30 minit.
Apabila hendak mula memasak, masukkan bahan-bahan lain.
Serbuk kunyit 3 sudu
Serbuk kari 3 sudu
Serbuk cili 3 sudu
2 sudu gula
2 sudu teh garam
Dan serbuk pasti sedap knorr
Jangan perapkan sekali kerana boleh buat ayam rasa pahit
Letak daun kari. Lagi banyak. Lagi harummm.
Apabila minyak mula dipanaskan, baru masukkan satu senduk kecil tepung beras dan dilumur kepada ayam.
Kejadian setelah ayam dilumur dengan bahan-bahan tersebut.
4) RESEPI NASI HARUM DAN TIDAK MUAK
Bahan-bahan:
- 2.5 pot nasi beras faiza + air 3 pot air (saya gunakan pot periuk nasi)
- Daun pandan
- Satu sudu kecil garam
- 1sudu esen pandan
- Telur masin
Cara-cara:
-
Masak telur masin sekali ketika tanak nasi akan melemakkan lagi rasa nasi.
- Sedia dihidang bersama bendi celur dan cili besar.
- Nasi Kandar memang nikmat kalau makan hampir banjir.
Kredit: Siti Fatimah Mohd Jamil
Selamat mencuba!