Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Nasi Lemak Tanpa Santan, Boleh Guna Minyak Kelapa Atau Minyak Masak. Tetap Sedap & Menyelerakan!

Resepi Nasi Lemak Tanpa Santan, Boleh Guna Minyak Kelapa Atau Minyak Masak. Tetap Sedap & Menyelerakan!

Kategori: ,
resepi nasi lemak tanpa santan

Nasi Lemak merupakan antara hidangan atau makanan yang sangat popular dalam masyarakat kita. Bukan sahaja di Malaysia, namun hidangan ini juga sudah mendapat perhatian dan turut dikenali di negara luar. Walaupun terdapat lambakan kedai yang menjual nasi lemak ini, tetap juga terasa nak makan nasi lemak buatan sendiri kan?

Nak buat nasi lemak tapi tak nak santan boleh ke? Ya, boleh sahaja. Guna sahaja minyak kelapa atau pun minyak masak. Jadi bagi anda yang tengah diet dan nak elak makan santan, bolehlah cuba resepi nasi lemak tanpa santan ini. Walaupun tanpa santan, rasanya tetap enak dan menyelerakan tau.

Cara Buat Nasi Lemak Tanpa Santan Yang Mudah Dan Enak!

Bahan-bahan:

  • 3 pot beras
  • Sedikit garam
  • Daun pandan
  • 4-5 sudu besar minyak kelapa/minyak masak
  • Bawang merah
  • Kayu manis
  • Halia
  • Serai
  • Buah pelaga
  • Bunga lawang

Cara Penyediaan:

  1. Tumis bawang, kayu manis, halia, serai, buah pelaga, bunga lawang serta daun pandan bersama-sama dengan minyak kelapa atau minyak masak tadi. 
  2. Kemudian tuangkan kesemua bahan yang ditumis ke dalam periuk yang berisi beras dan masak seperti biasa.
  3. Siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat nasi lemak tanpa santan ini? Untuk menyediakan sambal bilis, anda boleh rujuk di sini. Gabungan sambal bilis yang padu bersama-sama dengan nasi lemak yang enak pastinya hidangan yang dimakan lebih sedap dan menyelerakan.

Kredit: Makcik Lat

Baca juga: Resipi Ayam Masak Lemak Cili Api, Menu Paling Senang & Terlajak Sedap

tags: | | |