Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi New York Cheesecake Mudah. Buat Sendiri Baru Puas Hati, Boleh Makan Puas-Puas

Resepi New York Cheesecake Mudah. Buat Sendiri Baru Puas Hati, Boleh Makan Puas-Puas

Kategori:
New York Cheesecake

Memang ramai peminat New York Cheesecake ni. Rasanya memang nak tidak terkata. Tapi harganya boleh tahan jugak untuk sepotong kek New York Cheesecake kalau beli kat kedai, kalau nak makan puas-puas boleh buat sendiri je menggunakan resepi di bawah. Jom cuba!

Resepi New York Cheesecake Mudah

Bahan untuk buat Blueberry Compote:

  • 125g Blueberry fresh
  • 2 sudu besar air panas
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara-cara buat Blueberry Compote:

  1. Campurkan semua bahan dan masuk dalam microwave selama 5 minit.

Bahan untuk crust/kerak:

  • 100g biskut Marie
  • 80g butter
    Nota: Boleh tukar oreo kalau mahu.

Cara-cara untuk crust/kerak:

  1. Hancurkan biskut jadi hancur. Tim masukkan biskut dan butter cair dalam food processor.
  2. Mampatkan dalam acuan 6″ dan bakar dalam 10 minit untuk setkan crust tu jadi padat.
  3. Alaskan acuan dengan non stick baking paper. Supaya senang nak keluarkan nanti.

Bahan untuk kek keju:

  • 250g creamcheese
  • 1 cawan whipping cream
  • 1/2 cawan gula
  • 1 biji telur saiz B
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar jus lemon
  • vanilla esen kalau mahu
  • garam sikit
  • Untuk hiasan: Blueberry compote

Cara-cara untuk kek keju:

  1. Potong dadu creamchese dan campurkan semua bahan dalam food processor.
  2. Blend sampai halus. Untuk gula pula, sebenarnya Tim tambah sikit-sikit ikut rasa manis macamana yang kita suka.
  3. New York Cheesecake memang masam sikit. Namun kalau kalian jenis tak kuat masam, letak sikit je air lemon sebagai bau wangi.
  4. Masukkan dalam acuan. Tim guna acuan spring form 6 inci. Kalau guna acuan 7 inci pun okay saja.
  5. Hentak hentak sikit adunan kek dalam acuan supaya bubble udara keluar bebas ke angkasa.
  6. Letak air panas dalam dulang pembakar. Ini dipanggil water bath baking. Kalau pakai acuan jenis spring foam, cover acuan kek dengan aluminium foil okeh.
  7. Kalau ada ada alas kek berkaki. Jadi letak je tu dalam oven atas air panas.
  8. Masak kek keju suhu 180 degree untuk 30 minit. Kemudian turunkan suhu ke 150 degree untuk 20-30 minit lagi. Kalau kek keju naik dengan cepat dan atasnya terbakar, turunkan suhu. Mungkin oven kalian terlalu panas.
  9. Lepas kek masak, biarkan kek keju 30-40 dalam oven sebelum dikeluarkan. Takut karang dia terkejut dan turun mendap dengan cepat.
  10. Simpan dalam peti ais 4-6 jam sebelum makan.
  11. Hiaskan dengan blueberry filling atau strawberry atau taknak letak apa-apa pun boleh.

Sebenarnya kek keju ni mudah je nak buat. Yang remehnya masa masak tu kena slow dan lama. Supaya keknya tidak merekah dan over cook.
Ha gitu lah kisah Baked Cheesecake ni. Kalau nak buat topping mangga boleh. Or buat topping Oreo pun boleh. Ikut suka kawan-kawan mahu yang mana.

 

Kredit: Fatimah Naamat

tags: