Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Indonesian Cuisine: Resepi Nugget Pisang Sederhana

Indonesian Cuisine: Resepi Nugget Pisang Sederhana

Kategori: ,,

Pernah dengar nugget pisang? Kebiasaan dengar goreng pisang, pisang keju, kerepek pisang kan? Kalau tidak pernah dengar apatah lagi makan. Di sini saya ingin kongsi resepi nugget pisang, lepasni boleh la cuba di rumah. Berikut adalah cara untuk membuat nugget pisang sederhana.

Bahan yang diperlukan adalah:

  • 500 g pisang kepok
  • 25 g tepung roti
  • 50 margarin cair
  • 3 sdm tepung maizena garam secukupnya
  • 100 g gula pasir
  • 100 g tepung terigu
  • 2 biji telur
  • 1 sct SKM
  • 50 g keju parut
  • air secukupnya

Bahan untuk Toping:

  • 75 g tepung terigu (All purpose flour)
  • tepung roti secukupnya
  • SKM, keju, kurma

Cara membuat

  • Lenyek dahulu buah pisang
  • Kemudian campurkan tepung roti, tepung terigu, tepung maizena, gula, garam secukupnya, telur, susu, keju parut lalu digaul
  • Tambah air secukupnya untuk proses sebatian,
  • Terakhir masukan margarin cair
  • Jika sudah sebati masukan ke bahagian cetakan dan kukus selama 30 minit
  • Biarkan sejuk dahulu lalu potong
  • Untuk penyediaan topping cairkan dulu terigu
  • Kemudian celupkan pisang ke dalam tepung lepas itu gulingkan ke dalam tepung roti
  • Selepas itu goreng sehingga matang dan siap untuk dihidang

Selamat Mencuba.

Tonton video dibawah untuk langkah-langkah selanjutnya:

Kredit resepi Bunda Cinta

tags: | | |