Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Simple Tetapi Sedap Yang Amat Nutella Roll Puff, Sekali Ngap Nak Lagi

Resepi Simple Tetapi Sedap Yang Amat Nutella Roll Puff, Sekali Ngap Nak Lagi

Kategori: ,

Tak tahu nak masak apa untuk anak bawa bekal ke sekolah? Anda boleh cuba buat nutella roll puff ini. Mudah sedap dan cepat. Anak-anak mesti suka makan makanan macam ni. Nampak mewah, sedap jimat dan mudah. Cubalah buat nanti! Confirm tak cukup kalau makan satu.

BAHAN-BAHAN:

  • 5 Keping puff pastry ( tak kisah brand ape)
  • Nutella

CARA PENYEDIAAN:

  1. Potong puff pastry kepada 4 bahagian. Brand kawan yang saiz kecil tu potong 4 je.
  2. Sapu Nutella pada setiap potongan. Jangan sapu banyak nanti bila gulung dia akan melimpah.  Sapu tengah-tengah, macam buat tart nenas tu.
  3. Sapukan nutella jangan sampai hujung supaya kita dapat lekatkan hujung dia bila gulung.
  4. Susun atas tray yang dah disapu mentega@ butter untuk elakkan melekat.
  5. Bakar pada suhu 180°c lebih kurang 10 hingga 15 minit. Ikut oven masing-masing. Jangan bakar lama sangat tengok dah brown cantik dah boleh keluarkan. Jangan over bakar sebab coklat yang melimpah keluar dari puff tu kalau terlebih bakar akan rasa pahit. Nanti tak sedap pulak. Jadi kene rajin tengok.
  6. Apabila siap tunggu sejuk dulu. Lepastu boleh tabur snow powder/icing sugar atas tu.
  7. Sedia untuk dimakan.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Norain Naim

tags: |