Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Onde-Onde Sedap Dan Lembut

Resepi Onde-Onde Sedap Dan Lembut

Kategori: ,
Resepi Onde-Onde

Kuih onde-onde memang wajib ada sebagai pemanis mulut ketika bulan puasa. Kalau pergi bazar, wajib beli ni. Tapi sepanjang musim PKP ni, susah nak dapat. Jadi apa kata jom cuba buat sendiri ke kat rumah. Senang je rupanya resepi onde-onde ni!

Resepi Onde-Onde Sedap Dan Lembut

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung pulut
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 cawan atau lebih air daun pandan + sedikit pewarna hijau
  • seketul gula melaka (di potong dadu)
  • sedikit garam
  • 1/2 biji kelapa parut di tambah sedikit garam

Cara-caranya:

  1. Satukan tepung pulut, tepung gandum & garam didalam satu bekas
  2. Tuang air pandan tadi sedikit demi sedikit sambil menguli adunan tadi.
  3. Uli hingga adunan sebati dan tidak melekat di tangan dan boleh dibulat- bulatkan.
  4. Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.
  5. Letakkan gula melaka di bahagian tengah dan bulat-bulatkan.
  6. Bulatkan adunan tadi hingga habis dan susun didalam dulang yg ditabur sedikit tepung gandum.
  7. Didihkan air di dalam periuk.
  8. Masukkan kuih ke dalam air yang sedang mendidih.
  9. Biarkan sehingga kuih tadi timbul di permukaan air seketika kemudian bolehlah di angkat dan ditoskan airnya.
  10. Selepas itu golekkan kuih tadi di atas kelapa parut.

tips **
kelapa dikukus seketika untuk bagi tahan lama supaya kuih tidak cepat basi.

 

Kredit: Ayza Nur

Selamat mencuba!

tags: