Apa itu Overnight Oatmeal?

Overnight Oatmeal adalah sejenis makanan yang berasaskan oat yang ringkas, mudah dan pantas disediakan. ia adalah sejenis makanan yang penuh khasiat dan senang untuk dihidangkan. Overnight oatmeal dapat mengurangkan kadar kolestrol yang terdapt di dalam badan dan ia bersesuaian kepada semua peringkat umur.

Bagi sesiapa yang masih keliru dan tercari-cari jalan penyelesaian bagi menurunkan berat badan ada cara yang mudah untuk mengatasinya. Overnight oatmeal dapat memberikan nutrisi yang seimbang  dan membuatkan seseorang itu mudah untuk berasa kenyang. Cara penyedian Overnight oat ini juga begitu ringkas dan bahan-bahan yang diperlukan mudah untuk disediakan.

 

Bahan-bahannya ialah:

  • 3/4 cawan rolled oats (oats ini lebih berkhasiat dan tidak terlalu lembik jika dibiarkan semalaman),
  • 1/2 cawan plain yogurt,
  • 1/2 sudu madu,
  • 1 cawan susu segar,
  • 1/2 cawan chia seed,
  • buah strawberry, blueberry(mengikut selera masing-masing)

 

Cara penyediaannya:

  1. Campurkan semua bahan- bahan di dalam satu bekas dan kacau sehingga sekata.
  2. Kemudian biarkan semalaman di dalam peti sejuk.
  3. Tambahkan buah-buahan, kekacang, kismis mengikut selera masing-masing.

 

 

 

 

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 8 times!)