Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Gebu Dan Wangi Sangat!! Ini Dia Resepi Pandan Cotton Cheesecake Yang Mudah Tapi Teramat Sedap, Jom Cuba Buat

Gebu Dan Wangi Sangat!! Ini Dia Resepi Pandan Cotton Cheesecake Yang Mudah Tapi Teramat Sedap, Jom Cuba Buat

Kategori: ,
resepi pandan cheesecake

Idea untuk membuat cotton pandan cheesecake ini adalah asalnya daripada cotton japanese cheesecake. Tekniknya hampir sama, cuma kali ini ianya menggunakan pandan. Bau pandan yang semulajadi itu menambahkan lagi kesedapan kek ini. Ditambah pula dengan teksturnya yang lembut dan gebu memang terbaik. Jom kita sama-sama Regangcuba buat dengan menggunakan resepi yang dikongsi oleh Nor Azliza Mohamed di group facebook MAHN. Memang tak rugi tau kalau cuba sebab sedap!

Gebu Dan Wangi Sangat!! Ini Dia Resepi Pandan Cotton Cheesecake Yang Mudah Tapi Teramat Sedap, Jom Cuba Buat

BAHAN-BAHAN:

Bahan A:

  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100ml fresh milk / susu cair /susu tepung bancuh ( sy blend 5 helai pandan dgn 100ml susu cair)
  • Sedikit pewarna hijau epal

Bahan B:

  • 6 biji kuning telur
  • 60g superfine flour / self raising flour }
  • 20g tepung jagung |ayak

Bahan C:

  • 6 bj putih telur
  • 1 sk cream of tartar / jus lemon/ cuka masakan
  • 140g gula castor

CARA PENYEDIAAN:

  1. Double boilkan bahan A hingga semuanya cair. Gunakan whisker supaya adunan smooth dan tak berketul. Biarkan sejuk.
  2. Masukkan kuning telur dan bahan ayak tadi ke dalam bahan A. Kacau rata.
  3. Kemudian campurkan bahan C hingga kental.
  4. Kaup balik ke dalam adunan cheese menggunakan senduk.
  5. Griskan loyang dan masukkan adunan ke dalam loyang 8″.
  6. Bakar secara water bath/bain marie 160C selama 1 jam 10 minit atau sehingga permukaan kek sedikit keperangan. Nak tahu kek dah masak ke belum boleh cucuk dengan menggunakan lidi di tengah, sekiranya tiada yang melekat di lidi itu maknanya kek tersebut dah masak.
  7. Regangkan pintu oven dan biarkan kek dalam 1/2 jam sebelum dikeluarkan.
  8. Kemudian terbalikkan kek atas redai, sejukkan seketika sebelum simpan dalam fridge.
  9. Potong dan siap untuk di makan.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Nor Azliza Mohamed & mykitchen101en.com

Baca juga: Ini Dia Resepi Kek Kukus Pandan Cheese Leleh Paling Sedap, Makan Sampai Terbawa Dalam Mimpi

tags: | |