Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Kek, Pemanis Mulut & Pastri » Resipi Pandan Muffin Lembut & Gebu, Guna Air Fryer Pun Menjadi!

Resipi Pandan Muffin Lembut & Gebu, Guna Air Fryer Pun Menjadi!

Kategori:
Pandan Muffin

Guna air fryer pun boleh buat macam-macam jenis kek. Salah satunya adalah pandan muffin ini, guna air fryer pun boleh buat kek yang lembut dan gebu. Tak percaya? Jom la cuba sendiri resepi pandan muffin ni.

Resepi Pandan Muffin Lembut & Gebu

Bahan-bahan: (15 biji)

  • 1 1/2 cawan susu segar
  • 1 cawan buttercup cair
  • 3/4 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 1/4 sdk perasa pandan

Cara-cara:

  1. Blendkan semua bahan-bahan di atas.

Bahan-bahan lain:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sdk baking powder
  • 1 sdk soda bikarbonat

Cara-cara:

  • Satukan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat. Masukkan bahan yang diblend tadi. Kacau sebati. Kemudian masukkan sedikit pewarna hijau.
  • Masukkan adunan yang dikacau sebati ke dalam kertas cupcake, agak-agak dalam 3/4 penuh.
  • Pre-heat air fryer pada suhu 150°C selama 3 minit.
  • Kemudian masukkan adunan tadi ke dalam air fryer dan bakar selama 15 minit.
  • Siap!

Kredit: Nur Filzah Akma

Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Kuih Ketayap Guna Sukatan Cawan, Confirm Menjadi!

tags: