Untuk hidangan sarapan, pasti ramai di antara kita yang menggemari pankek dan menjadikan ia sebagai satu menu pilihan sarapan. Kegebuan dan kemanisan pankek pada setiap gigitan memang sesuai dimakan sebelum memulakan kerja dan tugas harian.
Tidak ketinggalan, pankek McD memang menjadi tumpuan menu rakyat Malaysia. Tengok sahaja orang ramai sanggup beratur dan menggunakan servis drive thru di restoran McD. Memang panjang tidak boleh bawa bincang kan?
Jadi, untuk resepi kali ini, kami ingin berkongsi satu resepi pankek ala-ala McD tapi boleh buat dekat rumah! Seorang wanita bernama Emma Wan Noordin yang juga salah seorang penggemar pankek McD mengongsikan resepi ini di Facebooknya.
Menurutnya, ini adalah satu-satunya resepi yang paling menjadi yang pernah dicuba. Resepi ini diperoleh dari seorang lelaki dengan nama Khairul Abdullah. Hantaran tersebut mendapat 6 ribu lebih tanda suka dan 9 ribu lebih perkongsian. Jadi, mari kita baca dan buatnya sendiri!
Tips: Kuali kena kecil, dan baru tuang adunan dengan agak tebal. Tanpa minyak okay!
Jadi, dah siaplah pankek McD kita ni. Nak tahu memang rasa sebijik ke tak? Bolehlah cuba di rumah. Tak perlulah kita beratur panjang dekat McD lagi kalau mengidam!
Selamat mencuba dan menikmati!
Sumber: Emma Wan Noordin / Khairul Abdullah
Baca juga: Sedap Macam Dekat Pasar Malam! Ramai Puji Resepi Apam Puri Wanita Ini!