Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Ayam Paprik Paling Sedap Dan Menjadi, Lepas Ni Dah Tak Nak Beli Dekat Kedai Tau!

Resepi Ayam Paprik Paling Sedap Dan Menjadi, Lepas Ni Dah Tak Nak Beli Dekat Kedai Tau!

Kategori:
Resepi Paprik Ayam Paling Sedap

Siapa suka sangat makan Ayam Paprik? Kalau pergi kedai asyik order Paprik je. Yelah nak buat sendiri tak menjadi macam dekat kedai. Jadi apa kata korang rujuk resepi Paprik Ayam yang dikongsi oleh seorang wanita di laman facebook ini. Pasti lepas ni dah tak nak beli yang dekat kedai tu sebab kalau buat sendiri guna resepi ini rasa dia sangat-sangat power dan sedap, kalah yang dekat kedai tu. Kalau suami dan anak-anak makan confirm menambah-nambah nasi.

Resepi Ayam Paprik Paling Sedap Dan Menjadi, Lepas Ni Dah Tak Nak Beli Dekat Kedai Tau!

BAHAN-BAHAN:

  • Dada ayam | dipotong kecil-kecil
  • Air panas
  • 6 biji cilipadi diketuk
  • Lobak
  • Brokoli
  • Baby jagung
  • Sayuran apa-apa yang anda suka
  • Daun limau purut

Bahan Tumis:

  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Serai sebatang diketuk
  •  3 sdm cili blend

Bahan Sos:

  • 2 sdm sos cili
  • 2 sdm sos cili thai
  • 1 sdm sos tiram
  • 1 sdm sos ikan
  • 1/2 sdm kicap manis

CARA PENYEDIAAN:

  1. First panaskan minyak banyak sikit. Sebab apa kena banyak? Kita nak tumis cabai kering blend lepasni. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan serai.tumis bawang serai ayam paprik
  2. Bila bahan tadi garing boleh masukkan cili blend.
  3. Masak sampai garing camni sampai pecah minyak.
  4. Lepastu masuk ayam. Boleh pakai dada ayam atau bahagian lain jugak tapi make sure potong kecik kecik. Masak sampai ayam kecut, atau sampai nampak masak lah.
  5. Masukkan pula kesemua bahan sos tadi.
  6. Kemudian masuk air panas setengah mangkuk. Alaa tu kan pakai mangkuk sos tadi sebab tu lah air kaler tu.
  7. Biarkan mendidih kejap. Masukkan pulak segala jenis sayur. Kalau ada kacang boleh masuk ya. Kacang panjang boleh kacang buncis pun boleh. Jangan lupa 6biji cilipadi diketuk, masukkan sekali.
  8. Last jangan dilupa daun limau purut. Tak letak ni tak jadi paprik. Buang tulang tengah daun tu yaa
  9. Agak sayur dah lembut boleh la tutup api. Tak perlu tambah garam atau perasa lain lagi dah. Sos tadi dah cukup bagi rasa yang mabelesss. Tak caya kena cuba.ayam paprik yang dah siap

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Khas Fena Via MAHN

tags: