Pastry Fruit Cake merupakan salah satu kek yang sangat mudah untuk disediakan. Kek ini juga sangat sesuai untuk penggemar buah-buahan dan makanan yang sihat. Bagi anda yang inginkan kelainan juga bolehlah mencuba kek ini. Sekali rasa pasti terus jatuh cinta tau. Memang tak menyesal punya.
Nak cuba buat? Jom kita ikuti perkongsian resepi Pastry Fruit Cake dari Iedaa Jahaya ini. Nampak macam sedap. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita cuba sekarang.
Cara Buat Pastry Fruit Cake Yang Sedap & Mudah!
Bahan-bahan:
- 210gram tepung gandum | diayak
- 1 sdk baking powder | diayak
- 100gram mentega
- 50ml yogurt asli
- 3 biji telur
- 150gram gula kastor
- Esen vanila
- 1 sdb kulit oren parut
- Strawberi | dipotong
- Kiwi | dipotong
- Blueberi
- Buah peach dalam tin | dipotong
Cara Penyediaan:
- Dalam satu bekas masukkan gula, mentega, yogurt, esen vanila.
- Putarkan dengan kelajuan tinggi sehingga putih dan berkrim.
- Masukkan telur satu demii satu. Putar perlahan sehingga sebati.
- Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau guna spatula je. Nak guna mixer pun boleh.
- Biar betul-betul sebati, masukkan parutan buah oren tadi dan kacau sebati.
- Masukkan adunan dalam loyang dan hentakkan sedikit.
- Kemudian masukkan buah yang diipotong tadi sebagai topping.
- Panaskan oven dengan suhu 170C dan bakar dalam 45 minit.
- Apabila dah masak. Sejukkan dan keluarkan dari loyang. Ayak gula ising.
- Siap untuk dihidangkan.
Mudah sahaja kan nak buat Pastry Fruit Cake ini? Sangat sesuai dimakan pada waktu pagi, siang atau pun malam. Bukan sahaja orang dewasa malah kanak-kanak pun pasti menyukai kek ini. Jangan lupa ya untuk kongsikan juga resepi kek ini kepada kenalan anda.
Selamat mencuba!
Kredit: Ieda Jahaya
Baca juga: Resepi Kek Coklat Brulee, Kesedapannya Tiada Tandingan. Memang Padu Teruk!