Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resepi Peria Goreng Rangup Yang Di Jualnya, Hari-Hari Laku Keras! Makan Kriuk-Kriuk Depan TV Memang asyik!

Wanita Ini Kongsi Resepi Peria Goreng Rangup Yang Di Jualnya, Hari-Hari Laku Keras! Makan Kriuk-Kriuk Depan TV Memang asyik!

Kategori:
resepi peria goreng rangup

Peria merupakan sayur yang paling pahit di dunia. Disebabkan dengan rasanya yang pahit maka tidak ramai yang menggemari peria ini. Malah ramai yang kurang pengetahuan atau resepi untuk menyediakan masakan atau hidangan buah Peria ini.

Tetapi tahukah anda bahawa Peria ini boleh dibuat kudapan? Menurut seorang wanita yang dikenali dengan nama Kay Catleyya, Peria ini memang sedap digoreng bercelup tepung. Bermula hanya sekadar kudap-kudapan untuk diri sendiri tetapi sekarang sudah menjadi sumber pendapatan.

Resepi Peria Goreng Rangup Yang Mudah Serta Sedap!

BAHAN-BAHAN:

  • Peria katak
  • Tepung bestari (origanal, spicy)
  • Tepung jagung

CARA PENYEDIAAN:

  1. Bersih peria katak. Belah dua dan buang biji. Potong nipis-nipis. Nak sagat pun boleh. Tapi sis lebih senang pakai pisau. 
  2. Rendam dengan air garam dalam satu jam.
  3. Mix tepung bestari original, spicy dan tepung jagung. Sukatan sis agak-agak ja. Kalau nak pedas lebihkan spicy.
  4. Toskan peria. Kemudian lap dengan tisu dapur. Bagi agak kering. 
  5. Gaul dengan tepung yang dah di mix kan tadi. Kemudian tapis.
  6. Goreng dalam minyak yang betul-betul panas.
  7. Bila sudah garing angkat dan toskan.
  8. Sementara itu tunggu sejuk/tos minyak atas tisu dapur.
  9. Siap. Kemudian boleh masuk balang. Boleh la kriuk-kriuk depan tv. Sedar-sedar sebalang licin.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Kay Cattleyya

Baca juga : Petua Hilangkan Rasa Pahit Peria Dengan Mudah & Berkesan

tags: |