Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Bukan Sekadar Lauk Kampung, Ini Resepi Petola Ular Goreng Telur Belacan! Sesuai Untuk Pikat Hati Mak Mertua Datang Rumah

Bukan Sekadar Lauk Kampung, Ini Resepi Petola Ular Goreng Telur Belacan! Sesuai Untuk Pikat Hati Mak Mertua Datang Rumah

Kategori: ,,

Apa bila disebut Petola Ular ianya bukannya seekor ular sejenis haiwan. Petola Ular ini adalah sejenis tumbuhan atau dikenali sebagai timun bengkok.

Ianya digunakan sebagai sayur-sayuran atau ulam-ulaman. Ini adalah resepi Petola Ular Goreng Telur Belacan sesuai untuk pikat mak mertua bila mereka datang ke rumah.

Bukan Sekadar Lauk Kampung, Ini Resepi Petola Ular Goreng Telur Belacan! Sesuai Untuk Pikat Hati Mak Mertua Datang Rumah

Resepi Petola Ular Goreng Telur Belacan ini dikongsikan oleh MaDiHaA a.k.a Ratna lalu dikongsikan semula oleh Port Resepi.

Petola Ular Goreng Telur Belacan

Bahan-Bahan:

  • 2 batang petola ular
  • 2 biji telur
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam
  • Serbuk perasa secukupnya
  • 1 cawan air

Bahan-Bahan Untuk Ditumbuk:

  • 7 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji cili merah
  • 5 biji cili padi
  • ½ inci belacan

Petola Ular Goreng Telur Belacan

Cara Penyediaannya:

  1. Petola ular hendaklah dikikiskan kulit luarnya dengan menggunakan pisau sehingga bersih.
  2. Potong per empat petola anggaran 2 cm tebal dan potong sehingga habis.
  3. Masukkan air ke dalam besen berisi petola ular tadi dan cuci bersih dengan menyaring petola menggunakan tangan ke dalam tapisan sayur. Cucur air paip dan tos.
  4. Panaskan minyak masak secukupnya. Tumiskan bahan-bahan tumbuk sehingga wangi dan garing.
  5. Pecahkan telur dan biarkan seketika sehingga telur beku sikit.
  6. Kemudian kacau sedikit demi sedikit.
  7. Masukkan garam sedikit sahaja dan perasa secukupnya dan kacau rata.
  8. Masukkan sayur petola dan air sambil dikacau rata.
  9. Biarkan sehingga petola empuk sikit. Rasakan apa yang kurang bolehlah ditambah.
  10. Tutup api dan sedia dihidangkan

Petola Ular Goreng Telur Belacan

Mesti mak mertua lagi bertambah sayang kepada anda apabila anda cuba resepi Petola Ular Goreng Telur Belacan ini.

Selamat Mencuba!

Kredit: MaDiHaA a.k.a Ratna

Baca Juga: Resepi Masak Lemak Putih Petola Versi Kelantan, Ini Adalah Menu Tengah Hari Sesuai Di Makan Bersama Ayam Goreng Kunyit

tags: | |