Pizza guna roti gardenia? Sedap ke. Cubalah dulu. Rasanya sangat sedap dan apa yang penting tak muak. Walaupun ringkas dan mudah, rasa dia tetap high class tau. Lepas tu boleh jimat pula tu, kalau bawa anak-anak makan dekat Pizza Hut dah habis berapa. Kalau beli roti gardenia dan bahan-bahannya kemudian buat sendiri, memang berbaloi. Anak-anak pun suka.
BAHAN-BAHAN:
- Roti putih/wholemeal/any brand
- Sos traditional pasta /* kalau nk sour cream pun boleh
- Bell pepper / capsicum * optional ni sisturr suka sbb bila masuk dlm oven bau capsicum ni..aummm..mcm dkt kedai italiano. Lada ni tak pedas ya..
- Topping boleh apa2 saja *udang,ayam, daging, sosej, vege
- Mozarella block
CARA PENYEDIAAN:
- Letak baking paper sekitar tray. Susun roti sepenuh tray, sapukan setiap roti dengan sos pasta. Yang kita pakai ni prego tradisional, sebab dia dah ready masam manis parsley tu.
- Letakkan cheese parut mozarella. Kalau suka letak je banyak-banyak.
- Bakar pada suhu 200c atas bawah dalam 15 minit.
- Agak-agak mozarella tu dah macam golden-golden boleh keluarkan.
- Siap untuk dimakan.
Nota: Mozzarella block (parut sendiri) sebab hari tu ada tengok video chef Anis dia cakap kalau ada pilihan lebih baik ambil yang block sebab yang grated siap-siap tu kadang kita tak tahu apa yang jadi semasa proses or semasa perjalanan nak sampai ke kita tu (cair/ etc).
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Khairun Nisak Via MAHN