Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Popcorn Karamel Ala Garret Popcorn, Guna 5 Bahan Je! Layan Sambil Bermovie!

Resepi Popcorn Karamel Ala Garret Popcorn, Guna 5 Bahan Je! Layan Sambil Bermovie!

Kategori:
Popcorn Karamel

Siapa yang biasa makan Garret Popcornpasti tahu macam mana rasanya. Memang boleh buat jadi ketagih tau! Lagi-lagi kunyah sambil tengok movie kat Neflix! Kejap je dah habis. Rupanya tak susah mana kalau nak cuba buat sendiri Popcorn Karamel Ala Garret Popcorn. Jom lihat cara-caranya di bawah:

Resepi Popcorn Karamel Ala Garret Popcorn, Guna 5 Bahan Je

Bahan-bahan:

  • 1 cawan bertih jagung (beli di bakery)
  • 5 sb minyak masak
  • 1 cup gula perang
  • 125 g butter
  • 1sk soda bikarbonat

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Masukkan bertih jagung, kacau sikit dan tutup periuk.
  2. Bila semua nak masak, keluarkan letak dalam bekas dan sejukkan.
  3. Untuk buat karamel, dalam kuali masukkan gula perang sehingga larut.
  4. Masukkan pula butter dan gaul sebati.
  5. Seterusnya, masukkan soda dan kacau sehingga bertukar kepada warna cerah sedikit.
  6. Dah siap karamel, tutup api.
  7. Tuangkan ke dalam popcorn dan gaul sebati. Bau sangat menggoda pada masa ini.
  8. Masukkan popcorn ke dalam loyang dan bakar selama 30 minit pada suhu 150C. Gaul setiap 5 minit untuk elakkan popcorn berketul.
  9. Sejukkan sebelum makan, selamat mencuba!

Kredit: Fainda Farahin Fainda Farahin

Baca juga: Resepi Sos Karamel Mudah Yang Amat! Ikut Cara Ini Kalau Selalu ‘Failed’ Setiap Kali Buat

tags: