Kalau sebut pasal popia selalunya yang inti sambal kan? Lately ni ramai yang buat resepi popia carbonara ni. Rasanya sedap dan lazat. Resepinya pun sangat mudah dan ringkas, terutamanya mak-mak bekerja yang terkejar-kejar nak siapkan bekal sekolah anak pagi-pagi.
Ya lah kan, anak-anak memang suka sangat dengan rasanya yang lemak berkrim, tambah-tambah pula ada sosej. Memang tak boleh bawa berenti makan.
Kalau beli boleh makan sikit jerrr. Buat sendiri, anak-anak pun boleh kongsi makan dengan kawan-kawan. Ajar anak-anak sifat berkongsi rezeki.
Lagi satu, buat sendiri boleh letak lauk banyak sikit. Boleh makan sampai puas hati! Jom tengok resepi popia carbonara ni.
Bahan-bahan Popia Carbonara:
- 1 biji bawang Holland yang dipotong dadu
- 3 batang sosej yang dihiris halus
- 5 biji cendawan butang yang dihiris halus
- Isi ayam (ikut suka) yang dipotong halus
- 1 tin/botol sos carbonara prego
- Sedikit minyak @ butter untuk menumis
- Sedikit air
- Serbuk lada hitam
- Kulit popia
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Tumiskan bawang Holland yang dipotong dadu.
- Masukkan isi ayam, sosej dan cendawan butang. Goreng sehingga masak.
- Masukkan sos carbonara prego dan sedikit air. Gaulkan sehingga rata.
- Masukkan serbuk lada hitam. Gaul lagi sehingga rata. Sejukkan.
- Isi inti ke atas kulit popia dan gulungkan seperti biasa dan letakkan sedikit air dihujungnya supaya tidak terbuka semasa digoreng.
- Setelah selesai popia sedia untuk digoreng.
Selamat mencuba 🙂
Untuk rujukan lebih lanjut tonton video by Cik Kiah Kicen dibawah!
Kredit: Cik Kiah Kitchen