Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Kuih Muih » Resepi Popia Sira Sambal Manis, Gerenti Sedap!

Resepi Popia Sira Sambal Manis, Gerenti Sedap!

Kategori:
Popia Sira Sambal Manis

Popia sira sambal manis memang diantara kuih yang menjadi kegemaran ramai. Wajib cari kuih ni bila pergi pasar malam atau bazar Ramadan. Jom cuba!

Resepi Popia Sira Sambal Manis

Bahan untuk inti:

  • Sengkuang (sagat)
  • Lobak merah (sagat)
  • Taugeh(kalau suka)
  • 2 sudu Udang geragau
  • 5 ulas bawang putih (kisar halus)

Bahan untuk sambal:

  • 5 ulas bawang putih (kisar halus)
  • 5 sudu cili kisar
  • 1 sudu biji bijan
  • Sos cili
  • 5-7 sudu gula (ni sy agak2)

Bahan lain:

  • Kulit popia
  • Bawang goreng

Cara membuat:

  1. Panaskan minyak, tumis udang geragau sebentar. Lepastu tumis sekali dgn bawang putih. Dah wangi boleh letak sengkuang dan lobak merah. Perasakan garam gula. Goreng sekejap bagi sekata, tutup api. Tos kan bagi keluar minyak dan air.
  2. Untuk sambal, tumiskan bawang putih sampai wangi kemudian masukkan cili kisar. Tumis sampai naik minyak, masukkan sos cili dan serbuk perasa (jangan masukkan air). Kacau rata masukkan gula. Tumis sampai sehingga berbuih kemudian letak bijan dan kacau2. Tutup api biarkan sejuk.
  3. sederhana, jangan terlalu kuat. Siap goreng sejukkan sebentar.
  4. Akhir sekali boleh la gaul popia dengan sambal sira tadi. Tabur bawang goreng, siap untuk dihidangkan.

 

Kredit: Hazirah Zaihan 

Selamat mencuba!

tags: