Potato Baked merupakan ubi kentang yang telah dibakar dan apabila dimasak dengan baik, kentang tersebut mempunyai dalaman yang lembut. Sangat apabila ia disajikan dengan inti dan perasa seperti ayam, keju dan mentega.
Ia merupakan menu barat yang mudah untuk disediakan dan sangat digemari oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Nak cuba buat Potato Baked ini? Jom kita ikuti perkongsian resepi dari Rozmaliza Omar ini. Sangat mudah dan paling sedap sekali!
Cara Buat Potato Baked Yang Mudah & Sedap!
Bahan-bahan:
- 6 biji kentang saiz besar
- 4 sdb UHT whipped cream/fresh milk
- 250 gm daging cincang
- 1 biji labu bawang besar | didadu
- 3 ulas bawang putih **
- 3 sdb butter
- 1 sdt oregano
- 1 kiuh ayam
- Cheddar cheese
- Olive oil untuk menumis
- Daun parsley dihiris kasar
- Sedikit serbuk lada hitam
- Garam secukup rasa
Cara penyediaan inti:
- Panaskan butter dan olive oil. Tumis bawang putih hingga layu.
- Masukkan daging cincang dan goreng hingga airnya kering.
- Masukkan bawang besar dadu.
- Perasakan dengan garam, serbuk lada hitam dan kiub ayam. Gaul hingga rata. Angkat dan sejukkan.
Cara penyediaan potato baked:
- Cuci bersih kentang dan potong dua.
- Bakar atau kukus hingga lembut dan boleh dicucuk. Sejukkan sebentar.
- Korek isi kentang dan lecek isi yang dikorek tadi. Gaulkan bersama-sama inti hingga rata.
- Masukkan daun parsley cincang, oregano dan uht whipped cream/fresh milk. Gaul rata.
- Masukkan inti ke dalam kentang yang dikorek tadi. Letakkan cheddar cheese atasnya. Bakar selama 15 minit api atas bawah hingga cheese cair.
Mudah sahaja kan nak buat Potato Baked ini? Makan pada waktu petang atau pagi memang best sangat. Tapi kalau nak makan pada bila-bila masa pun okey sahaja. Jadi tunggu apa lagi tu, jom kita beli kentang banyak-banyak ya.
Selamat mencuba!
Kredit: Rozmaliza Omar Via MAHN
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Beefsteak Creamy Mushroom With Potatoes Yang Creamy Dan Juicy!