Puding Biskut Marie merupakan antara pencuci mulut yang pernah viral dan digemari ramai. Bahan utama bagi puding ini adalah Biskut Marie. Selain dibuat puding, untuk membuat Kek Batik juga memerlukan Biskut Marie. Malah jika dilihat sekali imbas, rupanya seakan sama.
Walaupun rupa bentuknya sama namun rasanya tetap berbeza. Anda nak tahu macam mana rasa Puding Biskut Marie ini? Jom kita membuatnya sekarang.
Resepi Puding Biskut Marie
BAHAN- BAHAN :
- Biskut marie
- 10 gram serbuk agar-agar
- 2 1/2 cawan air
- 1 cawan fresh milk/susu cair
- 1/2 cawan susu pekat (kalau tak nak manis 1/4 cawan )
- 1/2 cawan tepung kastard
- 1 biji telur
- 120 gram butter (nak guna marjerin pun boleh)
- 3 sb serbuk koko
- 12 sb milo
CARA PENYEDIAAN :
- Kisar fresh milk, susu pekat, telur dan tepung kastard sehingga sebati.
- Bancuh serbuk koko dan milo bersama 1/2 cawan air panas.
- Masak serbuk agar-agar dengan 2 1/2 cawan air sehingga larut. Kemudian tapis.
- Masukkan semula adunan agar-agar ke dalam periuk bersama butter dan kacau sehingga butter cair.
- Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi.
- Seterusnya masukkan bancuhan serbuk koko, milo dan kacau sehingga pekat dan adunan meletup-letup menggunakan api kecil. Tutup api.
- Gris loyang dengan minyak dan lapik plastik
- Tuang adunan puding, nipis sahaja.
- Susunkan biskut marie.
- Kemudian tuang lagi adunan puding.
- Ulang sampai adunan puding habis.
- Sejukkan baru potong.
Nampak mudah sahaja kan Puding Biskut Marie ini? Tak teringin ke nak buat dan hidangkan kepada orang yang tersayang. Makan waktu sejuk lagi best tau!
Selamat Mencuba!
Kredit : Nur Haziqah via facebook MAHN
Baca juga : Resepi Kek Coklat Biskut Yang Simple, Tak Perlukan Susu Manis, Gula Dan Oven Pun Tapi Rasa Terbaik Sangat!