Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Puding Buih Yang Amat Sedap & Mudah, Jom Cuba Pencuci Mulut Dari Pantai Timur Ini!

Resepi Puding Buih Yang Amat Sedap & Mudah, Jom Cuba Pencuci Mulut Dari Pantai Timur Ini!

Kategori:
resepi puding buih

Puding Buih merupakan antara pencuci mulut yang sangat popular di negeri pantai timur, lebih-lebih lagi di Terengganu. Malah ramai masyarakat di sebelah pantai timur ini sangat menggemari puding ini, begitu juga dengan penduduk di negeri lain. Di Terengganu, terdapat banyak gerai atau kedai yang menjual puding ini.

Namun di negeri lain, terlalu kurang dan sukar dicari Puding Buih ini. Jadi apa kata kita buat sendiri sahaja, sangat mudah dan pastinya sangat sedap. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita cuba perkongsian resepi dari Muliadi Ramli ini.

Cara Mudah Masak Puding Buih Yang Sedap Dan Menyelerakan!

Bahan A

  • Agar-agar tali cap burung layang-layanng (20g)
  • 2 helai daun pandan
  • 1/2 cawan gula
  • 600 ml air

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan air, daun pandan, agar-agar dan masak sehingga agar-agar larut.
  2. Kemudian masukkan gula dan tutup api.
  3. Sejukkan dan ketepikan.

Bahan B

  • 5 biji telur ayam gred B (asingkan putih telur dari kuning telur)
  • 1 sdk perisa vanilla
  • 1 sdk pewarna (ikut suka warna apa)

Cara Penyediaan

  1. Pukul putih telur hingga betul-betul kembang. Kalau terbalikkan bekas pun tak jatuh. Boleh guna handmixer.
  2. Kemudian masukkan 4 biji kuning telur (1 kuning telur untuk sos kastard). Pukul sampai kembang.
  3. Kemudian masukkan agar-agar tadi sedikit demi sedikit.
  4. Masukkan sekali perisa vanilla dan pewarna. Kemudian masukkan dalam acuan.
  5. Sejukkan dalam peti ais selama 1 jam.

Bahan C (Kuah Kastard)

  • 1 tin susu sejat
  • 1 sdb susu pekat
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sdk perisa vanillla
  • 1 sdb tepung kastard (jangan terlebih nanti pahit)

Cara Penyediaan

  1. Campurkan semua bahan dalam periuk.
  2. Kacau rata kemudian panaskan atas api yang kecil. Kacau kuahnya.
  3. Kalau kuah agak pekat boleh tutup api.
  4. Bila hendak makan, siramkan kuah kastard atas puding yang dibuat tadi.
  5. Siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat Puding Buih ini? Kalau makan sejuk-sejuk memang lebih sedap dan nikmat tau. Jom cuba, namun kalau anda seorang yang pemalas. Jangan sesekali mencubanya, sebab ketagih nanti. Asyik-asyik nak buat je.

Selamat mencuba!

Kredit: Muliadi Ismail 

Baca juga: Jom Buat Puding Coklat Berlapis Yang Penuh Rasa Coklat Dan Sangat Sedap Ini! Confirm Laku Keras

tags: |