Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Puding Coklat Dua Lapis Yang Senang & Sedap, Lorek Pakai Garfu Baru Lapisan Kemas Tak Bergerak!

Resepi Puding Coklat Dua Lapis Yang Senang & Sedap, Lorek Pakai Garfu Baru Lapisan Kemas Tak Bergerak!

Kategori: ,
resepi puding coklat dua lapis

Puding Coklat Dua Lapis merupakan antara hidangan yang sangat enak dan menyelerakan. Ianya bukan sahaja sesuai untuk dijadikan pencuci mulut pada bulan biasa namun juga sangat sesuai untuk dijadikan hidangan berbuka di bulan puasa nanti. Apabila tiba bulan puasa, pastinya kita inginkan hidangan yang lain daripada yang lain.

Jadi apa kata kita sediakan Puding Coklat Dua Lapis yang dikongsikan oleh Muhammad Ali ini. Caranya nampak senang. Malah dia juga kongsikan teknik atau cara agar lapisan pertama dan kedua tidak bergerak.

Cara Buat Puding Coklat Dua Lapis Yang Mudah, Sedap Dan Menyelerakan!

Bahan-bahan:

Lapisan pertama

  • 4 cawan air
  • 150 gram gula kastor
  • 12 gram agar-agar tali atau agar-agar serbuk
  • 400 gram dark chocolate compound
  • 200 gram susu cair
  • Kitkat atau apa-apa coklat

Lapisan kedua

  • 1 cawan air
  • 4 gram agar-agar
  • 50 gram gula
  • 2 sudu makan serbuk koko
  • 70 gram susu cair

Cara Penyediaan:

Lapisan pertama 

  1. Hidupkan api sederhana. Masukkan air, agar-agar. Kacau dan biarkan mendidih.
  2. Apabila mendidih masukkan gula kastor, susu cair dan kacau sebati.
  3. Perlahankan api dan masukkan pula dark chocolate.
  4. Dah sebati boleh tutup api. Biarkan dalam 3 minit dan masukkan separuh agar-agar ke dalam loyang petak 8 inci sedikit demi sedikit.
  5. Kemudian masukkan adunan tersebut ke dalam peti ais selama 5 minit.
  6. Sebelum masukkan tu, nak letak apa-apa coklat boleh letak.
  7. Kemudian tuangkan lebihan agar-agar tadi sampai menutupi lapisan. Setkan masa 1 jam.

Lapisan kedua

  1. Buka api sederhana kuat kemudian masukkan air dan agar-agar.
  2. Kacau mendidih kemudian masukkan gula, serbuk koko dan susu cair.
  3. Kacau sebati dan tutup api.
  4. Biarkan dalam 5 minit baru tuang ke atas lapisan pertama tadi. Sebelum tu, jangan lupa lorekkan pakai garfu. Lorekkan banyak sedikit supaya lapisan kedua ni pegang lapisan pertama. Maksudnya, bila potong lapisan tak bergerak.
  5. Setkan lagi 2 jam dan siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nnak buat Puding Coklat Dua Lapis ini? Yang penting jangan derhaka resepi ya. Perhatikan dengan betul bahan yang diperlukan dan langkah penyediaannya. Barulah menjadi puding anda.

Selamat mencuba!

Kredit: Muhammad Ali 

Baca juga: Cara Buat Puding Karamel Tanpa Telur & Kukus, Yang Pasti Sedap

tags: | |