Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Mudahnya Resepi Puding Karamel Ni, Tak Perlu Guna Telur & Tanpa Kukus

Mudahnya Resepi Puding Karamel Ni, Tak Perlu Guna Telur & Tanpa Kukus

Kategori: ,
Resepi Puding Karamel

Resepi puding karamel tanpa telur ini memang sesuai untuk anda yang alergi telur. Resepi ini juga tidak menggunakan pengukus! Memang mudah kalau tiada pengukus kat rumah. Jom cuba resepi perkongsian dari Nordiana Ab Kadil ini.

Mudahnya Resepi Puding Karamel Ni, Tak Guna Telur & Tanpa Kukus

Bahan puding:

  • 1 paket serbuk agar2 yang jernih (10gm)
  • 4 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan susu pekat
  • 3 sudu tepung kastard
  • Sedikit esen vanila

Bahan Karamel:

  • 3 sudu Gula pasir
  • 2 sudu air

Cara-cara:

  1. Masukkan Gula pasir ke dalam kuali dengan api yang kecil gula di biarkan cair sehingga menjadi perang kemudian tutup api dan masukkan air.
  2. Kemudian masukkan ke dalam loyang.
  3. Satukan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sebati kemudian panaskan di atas api yang besar masak puding sehingga betul2 mendidih dan pekat.
  4. Biarkan puding suam sebentar kemudian masukkan ke dalam loyang Yang berisi karamel tadi.
  5. Masukkan dalam peti sejuk sehingga 2-3 jam.
  6. Terbalikkan loyang tadi di atas pinggan kemudian potong.
  7. Sedia untuk dihidang.

Tips: pastikan puding dimasak sehingga betul2 mendidih dan kelihatan pekat

 

Kredit resepi: Nordiana Ab Kadil

Baca juga: Resepi Mango Cheese Cake, Tak Perlu Guna Oven & Mixer

tags: