Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Puding Lumut Butter Dua Layer yang Menyelerakan, Sangat Mudah Untuk Disediakan. Jom Cuba Sekarang!

Resepi Puding Lumut Butter Dua Layer yang Menyelerakan, Sangat Mudah Untuk Disediakan. Jom Cuba Sekarang!

Kategori: ,
resepi puding lumut

Puding merupakan antara pencuci mulut yang sangat mudah dan enak untuk disediakan. Terdapat pelbagai jenis puding, ada puding yang biasa ada juga puding yang luar biasa kesedapannya. Untuk puding, pastinya sangat enak apabila dihidangkan waktu sejuk. Lebih-lebih lagi puding tersebut rasa berlemak dan sedap.

Antara puding yang anda semua boleh cuba di rumah adalah Puding Lumut Butter Dua Layer ini. Mudah dan pastinya sangat sedap. Cuma banyak bahan yang diperlukan, manakala proses untuk menghasilkannya juga banyak.

Cara Buat Puding Lumut Butter Dua Layer Yang Enak Dan Menyelerakan!

PUDING LUMUT:

Bahan-bahan: 

  • 1 paket serbuk agar-agar |10gm
  • 150 gm gula pasir
  • 125 gm santan pekat
  • 550 ml air
  • 100 ml jus pandan dari 10 helai pandan
  • 2 biji telur | pecahkan, kacau lebih kurang sahaja menggunakan garpu
  • 1/4 sdt garam
  • 1 sdt esen vanilla
  • 1 sdt pewarna hijau

Cara Penyediaan: 

  1. Satukan kesemua bahan, kacau sebati dan tapis jika perlu.
  2. Didihkan dengan api perlahan.
  3. Kacau sesekali sahaja.
  4. Apabila lumutnya timbul di permukaan, tutup api dan biarkan wap panasnya hilang.
  5. Tuang ke dalam acuan/loyang.
  6. Sejukkan.

*utk loyang brilliance nordicware ni opah buat 1 1/2 adunan puding lumut

PUDING MENTEGA:

Bahan A:

  • 3 biji kuning telur
  • 100 gm mentega dicairkan
  • 1 sdt esen vanilla
  • 1/2 tin susu pekat manis

*kacau sebati menggunakan whisk/ketepikan

Bahan B :

  • 1 paket serbuk agar-agar
  • 4 sdb gula pasir
  • 550 ml air

CARA PENYEDIAAN :

  1. Masak Bahan B sehingga larut dan meruap-ruap.
  2. Kemudian masukkan Bahan A, kacau sebati.
  3. Biarkan mendidih/tutup api.
  4. Tunggu sehingga wap panasnya hilang, tuang ke atas puding lumut.
  5. Sejukkan.

*cakar-cakar sedikit permukaan Puding Lumut baru tuang adunan Puding Mentega

Mudah sahaja kan nak buat Puding Lumut Butter Dua Layer ini. Semestinya makan sewaktu sejuk lebih sedap dan padu. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita cuba sekarang.

SELAMAT MENCUBA !

Sumber : Facebook Mas Cotek

tags: |