Ini dia resepi rahsia Puding Mangga Susu yang mudah dan sedap. Boleh bayang tak macam mana rasanya. Ada manis-manis mangga dan lemak-lemak susu. Memang sedap. Boleh cuba buat sendiri. Tak susah pun. Ikut je step kat bawah ini. Lebih sedap jika dimakan waktu sejuk. Pasti puas hati punya.
Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita cuba Puding Mangga Susu ini sekarang. Sangat mudah dan pastinya sangat sedap!
Resepi Puding Mangga
Bahan-bahan:
- 1 paket serbuk agar-agar (10gm)
- 4 cawan air
- 1 cawan gula
- 1 tin susu cair
- 2 cawan isi mangga yang siap diblend
Cara Penyediaan:
- Satukan serbuk agar-agar, gula dan air.
- Masak sehingga larut.
- Satukan mangga yg diblend tadi dengan susu, sebatikan.
- Suang ke dalam periuk agar-agar dan kacau sebati.
- Didihkan dengan api perlahan.
- Tutup api kemudian tapis.
- Biarkan wap panasnya hilang.
- Tuang ke dalam acuan/loyang.
- Sejukkan/ketepikan.
Resepi Puding Susu
Bahan-bahan:
- 2 sdt serbuk agar²
- 2 cawan susu UHT
- 1/4 cawan gula pasir
- 1/2 sdt esen vanilla
- 1/2 cawan mangga dipotong dadu
Cara Penyediaan:
- Satukan ke semua bahan kecuali mangga.
- Dengan api sederhana masak sehingga mendidih.
- Biarkan wap panasnya hilang.
- Masukkan mangga yg dipotong dadu.
- Tuang ke atas lapisan puding mangga (cakar-cakar sedikit permukaan puding mangga sebelum tuang puding susu)
- Sejukkan.
Resepi Sos Kastard
Bahan-bahan:
- 1 tin susu cair
- 1 cawan air
- 3 sdb tepung kastard
- 3 sdb gula pasir
- 1/2 sdt garam
- 1 sdt esen vanilla
Cara Penyediaan:
- Satukan ke semua bahan, sebatikan.
- Masak sehingga mendidih.
- Menggunakan api perlahan.
- Sentiasa di kacau sehingga pekat.
- Sejukkan.
- Tuang ke atas puding jika suka.
Mudah sahaja kan nak buat Puding Mangga Susu ini? Sebelum buat, pastikan segala bahan yang diperlukan cukup lengkap. Barulah proses penyediaan lancar dan cepat je. Nanti dah buat, jangan lupa juga untuk bahagikan kepada jiran-jiran sebelah ya.
SELAMAT MENCUBA !
Sumber : Mas Cotek
Baca juga : Resepi Puding Cincau Blueberry Yang Cantik Dan Mudah, Tak Ramai Yang Buat Tapi Sedap Sangat