Semalam berbuka kat luar sebab dah lewat petang baru settle urusan beli barang si bongsu nih. Punya la ramai orang sampai naik sakit kepala. Jadi hari ni memang dah plan nak masak awal. Seronoknya rasa dapat berbuka kat rumah. Legaa sangat rasa!
.
Tetiber rasa nak buat dessert yang senang sangat nih. Bahan pun semua yang memang ada kat dapur kita. Mudah dan pantas menu ni. Nampak gojes plak tu ??

#Resepi_Puding_Sagu_Gula_Melaka_Berjagung


.
Sagu:
1/2 cawan biji sagu (warna merah)
1/2 cawan biji sagu (warna hijau)
1 liter air
Susu Cair
Jagung krim manis


Cara-Cara:
1. Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam. Lepas tu toskan.
2. Didihkan air, masukkan biji sagu dan masak sehingga sagu bertukar jernih. Tutup api dan biar sekejap
3. 500ml air masak dengan sagu merah dan 500ml air masak dengan sagu hijau.
4. Tos sagu dan lalukan dibawah air paip yang mengalir untuk buang kanji.
5. Tuang sagu dalam bekas atau pun acuan. Terpulang nak buat macam mana.
6. Masukkan sagu dalam peti sejuk untuk sejukkan.

Untuk Manisan:
3 ketul gula Melaka (kecil)
1/4 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 helai daun pandan simpul
.
Cara-cara:
Satukan semua bahan, masak hingga gula larut dan pekat kemudian tapis.
.
Cara nak hidang:
Sendukkan sagu hijau, kemudian selang seli dengan sagu merah. Buat sampai 3/4 gelas. Curah gula melaka dan susu cair. Last sekali letak sesudu jagung krim manis.
.
Kak M suka letak jagung sebab rasa macam matching sangat jagung tu dengan gula melaka dan susu cair. Sedap yakmat! ?

#kakMmasak
.

 

(This post has been visited 3 times!)