Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Puding Susu Strawberi Yang Mudah Dan Sedap, Sesuai Untuk Dibuat Hantaran Khawin

Resepi Puding Susu Strawberi Yang Mudah Dan Sedap, Sesuai Untuk Dibuat Hantaran Khawin

Kategori:
resepi puding susu strawberi

Pernah ke anda tengok puding dijadikan hantaran khawin? Bukan puding yang biasa. Tetapi puding yang amat cantik sekali. Dihiasi dengan bunga-bunga dan corak dekat dalam. Tapi bagi yang tak pernah mencubanya mesti sukar kan. Tapi masih ada jalan penyelesaiannya kerana anda boleh cuba buat puding susu strawberi ini. Ianya tetap cantik dan pasti memukau mata siapa sahaja yang memandang.

Nak cuba buat Puding Susu Strawberi ini? Jom kita lihat perkongsian resepi yang dikongsikan oleh Zura Zul ini. Sangat mudah dan pastinya rasanya juga sangat sedap. Bentuknya juga cantik.

Cara Buat Puding Susu Strawberi Yang Enak Dan Menyelerakan!

BAHAN-BAHAN:

  • 20g agar-agar bertali
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 1 tin susu cair, jadikan 2 cawan (tak cukup tambah air)
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar tepung kastard (bancuh dengan sedikit air)
  • Secubit garam
  • 10 biji strawberi (kurang pun tak apa) boleh susun strawberry jarang-jarang dalam loyang
  • Sedikit pewarna strawberi
  • Sedikit perisa strawberi

CARA PENYEDIAAN:

  1. Rendam agar-agar dengan air 1 jam kemudian toskan.
  2. Masak air dengan agar-agar hingga larut kemudian masukkan gula dan kacau rata.
  3. Kemudian masukkan susu cair, susu pekat manis, tepung kastard dan juga secubit garam.
  4. Masak hingga nak mendidih dan tutup api.
  5. Strawberi tadi potong nipis-nipis. Susun dalam loyang 8×8, loyang bulat pun boleh.
  6. Ambil 1 cawan adunan agar-agar tadi. Tuang atas strawberi perlahan-lahan dan biarkan sederhana beku.
  7. Ambil 3 cawan adunan agar-agar dalam periuk tadi tuang dalam bekas lain. Ambil 1 cawan adunan agar-agar  dan kisar bersama 1 biji strawberi(potong dulu).
  8. Kisar hancur dan campur sekali dalam bekas agar-agar tadi.
  9. Masukkan pewarna strawberi dan perisa strawberry. Kacau sebati.
  10. Kemudian ambil 1 cawan agar-agar yang dicampur dan tuang atas puding dlm loyang.
  11. Ulang semula melapis puding dengan 1 cawan agar-agar yang asal. Buat sehingga habis adunan tu.
  12. Biarkan beku/sejuk, baru masukkan dalam peti sejuk 3-4 jam.
  13. Keluarkan daripada peti dan cungkil tepi-tepi puding dalam loyang dan terbalikkan puding tu perlahan-lahan atas alas yg rata.
  14. Sedia untuk di potong dan dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat Puding Susu Strawberi ini? Selain sesuai dibuat untuk hantaran kahwin, puding ini juga sangat sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut untuk sebarang majlis kesyukuran.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Zura Zul

Baca juga: Resepi Puding Roti Tawar Yang Cantik, Mudah Dan Sedap. Sesuai Di Buat Sebagai Juadah Hari Raya

tags: | |