Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsikan Resepi Puff Sardin Macam Di Pam Minyak Shell, Senang Je Rupanya!

Wanita Ini Kongsikan Resepi Puff Sardin Macam Di Pam Minyak Shell, Senang Je Rupanya!

Kategori: ,

Bila singgah di pam minyak Shell, bukan saja ramai yang berebut nak pekena Costa Coffee, malah puff sardinnya juga cepat sold out!

Puff sardin ni memang sedap dimakan panas-panas dengan secawan kopi kaw. Kalau tak sempat singgah pam minyak Shell untuk beli puff sardin ni, sebenarnya ada cara untuk buat sendiri di rumah!

Dijamin lebih jimat dan mudah untuk dihasilkan, rasanya memang tak lari jauh macam yang dijual di bakeri!

Rugi kalau tak cuba resepi yang dikongsikan leh Mastura Razali ni. Barulah puas dapat makan panas-panas dekat rumah, tak payah nak berebut!

Kalau nak tahu cara buatnya, jom kita tengok resepi Puff Sardin yang dikongsikan.

Resepi Puff Sardin Terlajak Sedap, Rasa Macam Beli Dekat Pam Minyak Shell!

Bahan-bahan :

  • Kulit pastry (Guna kulit pastry yang kecil saja dalam 10 keping)
  • Sardin
  • Bawang putih
  • Bawangholland
  • Cili
  • Garam
  • Gula
  • Kuning telur

Cara-Cara Buat Inti Sardin :

  • Mula-mula, hancurkan sardin di dalam mangkuk.
  • Kemudian, tumiskan pula bawang putih, bawang holland dan cili sampai garing dan naik bau.
  • Selepas itu, masukkan sardin dan masak sampai agak kering.
  • Seimbangkan rasa inti dengan garam dan gula. Inti siap untuk digunakan!

Puff Sardin

Cara-Cara Buat Puff Sardin :

  • Ambil pastri dan potongkan macam gambar di bawah. Bila dah dipotong, baru masukkan inti.

Puff Sardin

  • Lipat pastri jadi segi tiga dan tekan dengan garpu.
  • Pukul kuning telur dan sapukan ke atas pastri.

  • Kalau ada parsley, taburkan. Kalau tak ada pun tak apa.
  • Bakar puff sardin ke dengan suhu 200 darjah Celsius selama 20 minit.
  • Puff sardin sedia untuk dinikmati!

Puff Sardin

Wah, senang saja rupanya cara nak hasilkan puff pastri macam di stesen minyak Shell atau bakeri. Walaupun senang, tapi rasanya cukup mewah macam dibeli di kedai!

Pasti lebih puas untuk dimakan bola buat sendiri dekat rumah. Jom cuba resepi ni di rumah! Keluarga tentu suka untuk makan puff pastri untuk sarapan atau minum petang. Simple tapi super sedap!

Sumber : Mastura Razali via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

tags: