Pulut ayam merupakan antara menu hidangan yang agak popular di Siam atau Thailand. Kebanyakan pelancong pasti tidak akan melepaskan peluang untuk merasainya apabila berkunjung ke sana. Tetapi memandangkan sekarang adalah musim Covid-19 dan kita tidak di benarkan untuk pergi melancong jadi apa kata kita buat sendiri je pulut ayam style siam ini di rumah. Rasanya hampir sama. Sedap dan menyelerakan.
Pulut Ayam Style Siam Yang Menyelerakan, Nak Pergi Siam Tak Boleh Jadi Jom Buat Sendiri!
UNTUK AYAM
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam – potong 4 (rebus 10 minit dan toskan)
- 2 sudu besar biji ketumbar – kisar
- 2 sduu teh jintan manis – kisar
- 2 biji bawang besar – kisar
- 5 ulas bawang putih – kisar
- Halia (sebesar ibu jari) 2 hiris – kisar
- 2 ketul serbuk pati ayam – kisar
- 1 paket kecil serbuk cili
- 5 sudu besar tepung beras
Cara Penyediaan:
- Gaul ayam dengan semua bahan kisar dan serbuk cili. Perap selama 20-30 minit.
- Panaskan minyak, sapu tepung beras pada ayam tadi dan terus goreng.
- Pastikan ayam tidak digoreng terlalu lama kerana ayam sudah direbus. Bila sudah masak sempurna, angkat dan toskan minyaknya.
UNTUK BAWANG GORENG RANGUP
(bahan ni paling penting kena ada untuk makan bersama pulut ayam)
Bahan-bahan:
10-15 biji bawang rose (bawang merah kecil)
2 sudu besar tepung beras
Secubit garam
Cara Penyediaan:
- Kupas kulit bawang, basuh dan toskan bagi kering. Boleh juga lap guna tisu.
- Hiris bawang tadi nipis-nipis.
- Gaul bawang dengan tepung beras dan garam hingga rata.
- Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyak.
UNTUK SOS THAI
(sos ini juga sesuai untuk *chicken mango* dan pencicah ayam bakar)
Bahan-bahan:
- 1 botol sos pencicah Thai (boleh beli di pasar raya, botol pembalut warna putih ada gambar perempuan depan botol tu)
- 1/2 botol sos cili Thai
- 3 sudu besar sos plum- jika tiada, boleh abaikan. Cukup sekadar guna sos pencicah Thai & Sos cili Thai
- 2 biji cili merah (cili besar)- lebihkan jika suka pedas
- 6 biji cili padi siam (cili padi merah)
- 5 ulas bawang putih
- 3-4 akar ketumbar
- 1/2 cawan air
- Garam dan gula jika perlu
Cara Penyediaan:
- Tumbuk cili merah, cili padi, bawang putih dan akar ketumbar hingga lumat.
- Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk bersama sos pencicah thai, sos thai dan sos plum (jika ada) dan air.
- Kacau dan masak campuran sos hingga mendidih. Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula jika perlu.
UNTUK PULUT TANAK:
Bahan-bahan:
- 2 cawan beras pulut
- 2 1/2 cawan air
- 1 sudu besar minyak masak
SELAMAT MENCUBA!