Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Senangnya! Masuk Je Santan Beku, Kukus & Gaul. Dah Siap Pulut Kuning!

Senangnya! Masuk Je Santan Beku, Kukus & Gaul. Dah Siap Pulut Kuning!

Kategori:
pulut kuning mudah

Pulut kulit sememangnya antara menu kegemaran ramai. Wajib makan bersama rendang atau gulai, barulah sedap. Tapi mungkin masih ramai yang belum pandai dan berjaya buat pulut kuning sendiri di rumah. Jika tidak kena cara, pulut boleh jadi mentah dan sebagainya.

Jika anda nak cuba buat sendiri, jom ikut cara perkongsian oleh Puan Mulia Nis di bawah, Dijamin menjadi walaupun pertama kali buat! Caranya juga sangat mudah, tak perlu susah-susah rendam pulut terlebih dahulu. Jom cuba!

Senangnya! Masuk Je Santan Beku, Kukus & Gaul. Dah Siap Pulut Kuning!

Masak pulut kuning cara org malas dan nak cepat.. Tak perlu rendam pulut, santan pun beku lagi.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan beras pulut
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan air
  • Sedikit garam
  • Serbuk kunyit

Cara-cara:

  1. Cuci pulut, masukkan air atas paras pulut. Masukkan santan, tambah garam dan kunyit. Masukkan dalam pengukus.
  2. Kukus sampai masak.
  3. Kacau pulut biar santan sekata.
  4. Bila dah masak, sedia untuk dihidang!

Kredit: Mulia Nis

tags: