Putu Piring merupakan kuih atau makanan tradisional yang sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Ia adalah sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras dan berintikan gula melaka. Kemudian ia akan dikukus dalam kukusan khas dan dimakan bersama-sama dengan kelapa parut.
Kuih ini memang sangat sesuai dan enak jika dinikmati pada musim hujan. Nak cuba buat? Jom kita ikuti resepi yang dikongsikan oleh Elisa Rose ini di bawah ini.
Cara Buat Putu Piring Yang Mudah, Sedap & Menyelerakan!
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung beras
- 3/4 sudu garam
- 150 ml air panas
- 1/2 cawan kelapa parut (ambil yang putih sahaja dan gaul dengan 1/2 sudu teh garam)
- 1/2 cawan gula melaka | diparut
- 5-6 helai daun pandan
- Kain Muslin (kain putih jarang berukuran 6-8 inci persegi)
- Daun pisang digunting 2 inci persegi
Cara Penyediaan:
- Tepung beras digoreng tanpa minyak selama 5 minit. Ayak dan biarkan sejuk.
- Campurkan garam dengan air panas dan daun pandan. Biar sebentar untuk mendapatkan bau pandan.
- Renjis-renjiskan pada tepung. Gaulkan supaya dapat hasil seperti serbuk roti, seeloknya air panas. Panaskan pengukus.
- Griskan acuan putu dengan sedikit minyak.
- Tabur sedikit tepung, kemudian sedikit gula merah.
- Tambah sedikit tepung lagi di atasnya.
- Kemudian letakkan kain muslim di atasnya dan telangkupkan acuan pada pengukus. Elok guna pengukus khas. Biarkan selama 3-4 minit dan angkat acuan.
- Biarkan putu dalam kain muslin selama kira-kira 2 minit sebelum kain dan putu diangkat.
- Bukan kain muslin dan letakkan sedikit kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.
- Letakkan daun pisang di atasnya dan terbalikkan putu.
- Siap sedia untuk dhidang.
Mudah sahaja kan nak buat Putu PIring ini? Dah tak payah nak pergi beli dekat kedai. Buat je sendiri dekat rumah, kalau banyak boleh bahagikan dekat jiran sekali. Jadi tunggu apa lagi tu, jom kita pergi cari barang sekarang!
Selamat mencuba!
Kredit: Elisa Rose Via ANEKA RESEPI UNTUK ANDA
Baca juga: Resepi Cucur Jagung Udang Yang Paling Mudah Nak Buat, Tak Renyah Dan Sangat Enak Di Makan Panas-Panas!