Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Rahsia Bihun Tomyam Pekat Likat, Memang Kaw Dan Menggoda Warnanya

Resepi Rahsia Bihun Tomyam Pekat Likat, Memang Kaw Dan Menggoda Warnanya

Kategori: ,

Selalu kalau makan dekat kedai makan tomyam yang dimasak oleh mereka sedap sangat, pekat likat dan kaw. Lebih-lebih lagi kalau tukang masak tu orang siam. Memang kaw yang amat. Jadi anda nak tahu apa rahsianya sehingga kaw macam tu sekali? Jom kita ikut resepi rahsia bihun tomyam pekat likat ni. Memang kaw dan menggoda warnanya.

BAHAN-BAHAN:

  • 3 helai daun limau purut
  • 4 tangkai cili padi
  • 1 biji bawang besar Holland
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 keratan batang daun ketumbar
  • 3 hiris nipis lengkuas
  • 1 inci halia (diketuk)
  • 2 batang serai dihiris pendek (diketuk hujungnya)
  • 2  biji tomato ceri /1 biji tomato biasa | tumbuk hancur
  • 1 pek asam pedas Adabi
  • 1 pek tomyam Adabi
  • 1 sudu besar Thai Tom-Yum
  • Ayam
  • Udang
  • Sotong
  • Fishball
  • Bunga kubis/apa-apa sayur yang anda suka
  • 1 senduk sos cili

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan 1 sudu besar minyak. Masukkan terlebih dahulu bawang putih. Selepas naik bau, barulah masukkan semua bahan di dalam gambar di atas tadi kecuali tomato.
  2. Masukkan kesemua pes asam pedas, pes tomyam dan pes thai tom yum tadi. Kacau dan biarkan seketika.
  3. Masukkan terlebih dahulu ayam yang telah dipotong. Tutup periuk seketika. Biarkan ayam separuh masak.
  4. Seterusnya masukkan 3 gelas air dan terus masukkan sayur.
  5. Rahsia seterusnya, masukkan 1 senduk sos cili untuk kelainan rasa.
  6. Sebelum tu tambahkan perahan asam limau nipis sebiji. Tak suka masam, kurangkan. Untuk perasakan tomyam secukup rasa, boleh masukkan garam dan gula.
  7. Siapa tak suka rasa manis dalam tomyam tak payah letak. Tahap kesedapan antara kita berbeza-beza. Kalau suka manis lebih atau masin lebih ke, boleh sesuaikan sendir
  8. Selepas kuah mendidih, masukkan sotong.
  9. 2 minit sebelum tutup api, barulah masukkan udang.Barulah dapat rupa udang yang masih pejal dan rasa manis udang pun ada lagi.
  10. Untuk menaikkan rasa tomyam seperti makan kat kedai Siam, masukkan setangkai daun ketumbar.
  11. Boleh juga masukkan lagi sekali daun limau purut dan cili padi untuk mendapatkan warna yang cantik.
  12. Siap. Celur bihun. Sendukkan kuah tomyam dan isinya.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Facebook Afy Al Habibi

Baca juga: Cara Betul Buat Sotong Goreng Tepung Yang Rangup, Tak Meletup Dan Tak Berminyak

tags: