Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Rahsia Mee Kari Chinese Style Memang Umphhhh!

Resepi Rahsia Mee Kari Chinese Style Memang Umphhhh!

Kategori: ,

Mee kari chinese style ini memang sedap. Rasa dia umphh gitu. Yang mana tak pernah rasa mee kari chinese style maca ni, boleh lah cuba buat. Pasti anda akan terpikat dengan rasanya.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 bungkus mee kuning – celur / spaghetti – rebus
  • Segengam cili kering – kisar untuk sambal
  • 2 biji bawang besar – kisar
  • 3 ulas bawang putih – kisar
  • 2 biji bawang merah – kisar
  • 2 batang serai – diketuk
  • 2 bungkus kecil serbuk kari daging Ieda guna rempah cap O sedap / cap lain pun boleh
  • 1 mangkuk kecil cili kisar
  • l/2 ekor ayam (potong kecil)
  • 1 mangkuk besar santan / 1 kotak kecil santan kara
  • Tauhu kering
  • Fish cake / fish ball
  • 1 keping asam gelugor

Bahan Hiasan:

  • Telur rebus
  • Taugeh – celur
  • Sawi – celur
  • Cili besar – dihiris
  • Sambal
  • Limau nipis
  • Kacang panjang – celur
  • Kerang – rebus

Sambal:

Rebus cili kering, bila dah masak, blend bersama 1 biji bawang besar kemudian tumis sampai pecah minyak, letak garam dan sedikit gula. Jika nak masukkan kerang dalam sambal pun boleh jika tak nak boleh jadikan hiasan.

CARA PENYEDIAAN KUAH KARI :

  1. Panaskan periuk letak minyak dan goreng serai sebentar.
  2. Kemudian Masukkan bahan kisar masak hingga wangi, bila dah wangi agak keperangan.
  3. Masukkan rempah kari yang telah di campur 1 mangkuk kecil cili kisar, masak sampai terbit minyak.
  4. Kemudian masukkan ayam dan kacau sebati sehingga ayam separuh masak diikuti santan. (sukatan santan agak² ja, ikut selera nak kuah pekat atau cair) Ieda tadi letak santan kara lebih kurang 1 kotak kecil dan asam keping.
  5. Biar kuah mendidih. Rasakan garam dan gula. Tambahkan tauhu kering, fish cake dan fish ball.
  6. Biar hingga mendidih dan kuah menyerap ke dlm tauhu kering siap.
  7. Siap untuk dihidangkan

SELAMAT MENCUBA!

Kredit resipi: cik puan julieta & resipi minum petang

Dicuba oleh: shaidatul akmal

tags: