Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Rahsia Bancuhan Tepung Cempedak Goreng Sedap, Rangup ‘Krup Krap’ Walaupun Dah Sejuk!

Rahsia Bancuhan Tepung Cempedak Goreng Sedap, Rangup ‘Krup Krap’ Walaupun Dah Sejuk!

Kategori:
Cempedak Goreng

Memang sedap tak terkata cempedak goreng ini. Makan panas-panas memang perghh. Tapi kalau beli memang tak puas makan. Tambahan lagi bila beli di kedai, dah sejuk dan tidak rangup bila nak makan. Memang buat spoil mood orang kata.

Jadi apa kata, beli cempedak sendiri dan goreng sendiri di rumah dengan menggunakan resepi bancuhan cempedak goreng rangup di bawah. Ikuti resepi lengkap perkongsian oleh Tuan Adriana Arissa di bawah. Memang tak rugi cuba, bila dah sejuk pun tetap rangup!

Resepi Bancuhan Tepung Cempedak Goreng Sedap & Rangup!

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 sudu kecik garam
  • Sedikit air kapur (hujg sudu kecik)
  • 1 biji telur
  • Pewarna kuning telur
  • Ais (4@5 ketul) rahsia tepung rangup tahan lama
  • Air sejuk (jangan cair atau pekat sgt) nanti ais akan mencair

Cara-cara:

  1. Bancuh semua bahan-bahan dalam mangkuk.
  2. Pastikan minyak panas. Boleh la mula menggoreng.
  3. Selamat mencuba.Cempedak Goreng

Baca juga: Resepi Pisang Goreng Kelantan Yang Berhabuk Dan Rangup, Serius Sedap Sangat!

tags: