Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Rendang Telur Yang Sedap & Menyelerakan

Resepi Rendang Telur Yang Sedap & Menyelerakan

Kategori: ,

Ini dia ada resepi rendang telur yang sedap dan menyelerakan. Memang puas hati kalau makan. Sebab dah bosan makan rendang ayam, daging, kerang. Jadi kali ini jomlaj cuba rendang telur pula. Memang sedap.

Resepi Rendang Telur

BAHAN-BAHAN :

  • 10 biji telur direbus dan buang kulit.
  • 1/2 genggan ikan bilis
  • *1 inci halia
  • *1 inci lengkuas
  • *1 inci kunyit hidup
  • *10 tangkai cili kering (potong dan rebus)
  • *10 biji cili api(Kurangkan cili atau tambah ikut selera)
  • *5 biji buah keras
  • *4 batang serai
  • *5 biji bawang putih
  • *2 biji bawang besar
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 kotak santan kara
  • Daun limau purut beberapa helai
  • Daun kunyit dihiris
  • 1 keping asam
  • 1 cube bilis

Kisar bahan bertanda *

CARA PENYEDIAAN :

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga wangi dan terbit minyak.
  2. Masukkan bilis, santan, kerisik dan asam keping.
  3. Tambah garam dan cube bilis. Masak lagi hingga terbit minyak.
  4. Masukkan daun limau dan daun kunyit. Apabila daun layu, masukkan telur.
  5. Kacau sebentar dan tutup api.

Kredit Resepi : Latifah Hanim Muin

Baca juga :Resepi Stew Gearbox Atau Sup Tulang Merah Yang Paling Padu

tags: