Sambutan ramadhan tahun ini tidak seperti tahun-tahun sebelum ini. Kalau sebelum ini kita boleh dapatkan apa-apa jenis puding di bazar tapi tahun ini tidak mungkin. Tahun ini nak makan, perlu buat sendiri . Jadi jom kita cuba buat sendiri puding, memandangkan sekarang ini adalah musim mangga, apa kata kita cuba resepi ringkas puding mangga ini.
BAHAN-BAHAN :
- 1 paket serbuk agar² (10gm)
- 4 cawan air
- 1 cawan gula
- 1 tin susu cair
- 1 biji mangga di blend dgn 1/2 cwn air
Bahan Lain
- 1 biji mangga
- 1/2 bahagian di potong dadu
- 1/2 bahagian lagi diblend dgn 1 sdb gulan(boleh masukkan sedikit air) jadikan puree mangga
- 1 sdb biji selasih direndam hingga kembang (jika suka)
CARA PENYEDIAAN :
- Satukan serbuk agar², gula dan 3 1/2 cwn air
- Masak sehingga larut
- Satukan mangga yg diblend tadi dgn susu cair..sebatikan
- Tuang ke dalam periuk agar² dan kacau sebati
- Didihkan dgn api perlahan
- Tutup api kemudian tapis
- Biarkan wap panasnya hilang, kemudian tuang perlahan² ke dalam acuan atau loyang
- Sejukkan
*** hidang bersama mangga dadu, puree mangga dan biji selasih
***sedap juga dimakan begitu saja
SELAMAT MENCUBA!
Sumber : Facebook Mas Cotek
Baca juga : Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan Yang Gebu & Menyelerakan
“Bantu BeriMakan Fakir Miskin Sempena Ramadhan Ini Di donation.dailymakan.com“