Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi ‘Viral’ Roti Burger Cheese Carbonara Yang Lembut Dan Berkrim, Sedap Sangat Sampai Terangkat Kaki!

Resepi ‘Viral’ Roti Burger Cheese Carbonara Yang Lembut Dan Berkrim, Sedap Sangat Sampai Terangkat Kaki!

Kategori:
resepi roti burger cheese

Sebelum ini viral roti korean garlic cheese yang sedap. Rata-rata rakyat Malaysia mencuba membuatnya dan masing-masing memuatnaik di laman sosial. Tetapi kali ini viral pula roti burger cheese carbonara. Manakan tidak viral, tengok gambarnya sahaja sudah mengiurkan. Belum lagi makan. Memang dapat bayang betapa sedapnya roti burger cheese carbonara ni.

Resepi ini dikongsi oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama Rozita Daud. Wanita ini berkongsi resepi ini di group facebook MAHN. Jom kita ikuti perkongsiannya.

Cara Buat Roti Burger Cheese Carbonara Yang Sedap

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 tin sos cabonara chees
  • 1/2 biji bawang besar potong dadu
  • 3 ulas bawang putih ketuk cincang
  • 1/2 biji lada merah
  • 1/2 biji lada hijau
  • 2 keping daging ayam burger (ramas basuh n tos)
  • 3 batang sosej | Dihiris nipis
  • 4 batang jejari ketam | Dihiris

CARA PENYEDIAAN:

  1. Masuk minyak makan 1/2senduk kecil, tumis bawang putih dan bawang merah sekejap. Kemudian masukkan isi ayam dan masak kejap.  Kemudian masuk sosej masak kejap, masuk sos cabonara kacau api pelahan dan masuk lada hijau, lada merah kacau kejap. Kalau pekat masuk air sikit je dan masuk sikit je garam kalau tak nak tak pe, kalau nak sikit je kacau kejap jadi macam gambar bawah.
  2. Inti dah siap.
  3. Untuk marjerin sapu atas dan bawah roti burger
    Bahan-bahannya:
    – 3ulas bawang putih tumbuh lumat
    – Sikit daun sup
    – Marjerin 2 sudu besar campur kan
  4. Siap sapu bawah roti burger
  5. Belah roti burger empat jangan putus dan masukkan inti.
  6. Siap letak cheese keping  1 keping saya bagi 2 roti dan buat macam ni.
  7. Last sapu lagi marjerin macam ni.
  8. Bakar suhu 150cc 10minit je dan siap untuk dimakan.

Mudah sahaja kan nak buat Roti Burger Cheese Carbonara ini. Bukan sahaja kanak-kanak akan menyukainya malah mak bapak kanak-kanak pun turut menyukai hidangan yang simple namun sangat sedap ini. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita cari bahan dan mula membuatnya sekarang!

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Rozita Daud Via MAHN

tags: | |